Semakin Ramai Yang Berminat Membina Rumah Burung Di Besut...

Sejak Pak Din mengunjungi Kg Bahru, Besut bulan Jun sehinggalah ke pembinaan tapak rumah yang telah dimulakan minggu lepas begitu ramai yang telah berkunjung ke sini menyatakan hasrat membina rumah burung.

Rata-ratanya menyatakan telah lama berminat membina rumah burung ini tetapi harga yang ditawarkan kepada mereka keseluruhannya melebih RM100,000 menyebabkan tak mampu mereka untuk memulakannya..

Apabila mendengar harga yang Pak Din tawarkan kurang dari RM 100,000 mulalah timbul minat mereka untuk membina rumah burung tersebut. Insha Allah akan lahirlah lebih ramai pengusaha rumah burung di Besut ini pada suatu hari kelak.

Salah seorang dari pemilik kedai hardware di sini datangnya dari Kedah.. telah menjadi peniaga yang berjaya. Beliau telah pun memulakan pembinaan sebuah rumah burung yang terbengkalai di kawasan rumah nya.. dek kerana tidak punya pengetahuan tentang keperluan rumah burung.. rumahnya tak dapat disiapkan. Walaubagaimana pun beliau berjanji akan menyiapkan rumah tersebut dalam masa terdekat...



Alhamdullilah telah ramai yang punya kesedaran tentang industri ini di Besut..MOGA_MOGA SATU HARI NANTI MEREKA YANG BERADA DI SINI di kampung-kampung dapat menandingi rumah-rumah burung milik pengusaha Cina di pekan KUALA BESUT KELAK insha Allah..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments