Sayang Seribu Kali Sayang..Rumah "Terbengkalai"


Dulu di awal Pak Din menceburkan diri di dalam binaan rumah burung ini.. Pak Din terlibat secara tak langsung dengan pembinaan rumah-rumah ini sebagai "konsultant free".. tak dibayar!! Kini kedua-dua rumah ini belum siap sepenuhnya.. Burung di rumah disebelah bawah ini tak dipanggil lagi walau telah hampir 2 tahun dibina.. Mungkin tak ada duit??? atau sayang nak keluarkan duit tambahan.. Entahlah.. Sudah banyak duit yang dilaburkan tetapi sedikit sahaja lagi yang diperlukan untuk menyudahkannya... tapi.. tak kesampaian..

Pak Din pernah meminta disewakan untuk Pak Din usahakan hingga berjaya untuk selama 10 tahun..dengan Pak Din buat kutipan hasilnya.. tetapi tak juga tuannya berminat..

Jadi sekarang ianya bagaikan "gajah puteh" yang hanya "menyemakkan" pemandangan.. Di sekitar rumah-rumah ini telah terbina beberapa buah rumah yang besar-besar yang telah pun lama dimasuki burung!! Alangkah ruginya.. kita orang Melayu..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments