Rumah Burung Di Teroi, Yan, Kedah. Akan Dibina?...Siapa Punya?

Pekan Teroi yang dulunya kurang dikenali dan merupakan sebuah pekan "mati" di kaki Gunung Jerai, di Utara Semenanjung kini semakin dikenali ramai dan mungkin suatu hari bakal menjadi tarikan pelancung. Pembangunan pesat di sini menampakkan rumah-rumah burung bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Satu masa dulu (2009), hanya terdapat sebuah dua rumah burung disekitar kaki gunung jerai ini... dan Pak Din biasa melawat sebuah rumah burung yang kecil di tingkat atas rumah pemiliknya punyai sekitar 12 kilo sarang.. rumahnya panas.. berpeluh Pak Din semasa melawatnya.. Maklum tiada rumah lain untuk diduduki burung-burung ini.. Kini rumah-rumah baru mula dibina selepas sebuah, sebuah lagi naik..

Satu hari..mungkin juga tanah-tanah di sini akan menjadi Kuala Krai, Kelantan ke 2.. di mana tanah di sini akan mencecah ratusan ribu RM keatas. Baru-baru ini salah seorang kawan Pak Din telah menjualkan 1/2 relong tanah beliau kepada seorang Usahawan Tengku Wong (nama samaran), seorang taukey balak... Beliau juga telah membina sebuah rumah burung di ataa tapak tanah tersebut.. Kini ramai usahawan dari Ipoh/Johor Baru/Penang/Kuala lumpur ..Singapore sedang mengintai tanah-tanah di sini untuk tujuan pembinaan rumah burung.

Gambar di atas menunjukkan akan wujud lagi sebuah rumah burung gergasi 4 tingkat.... 80' x80' kini sedang dalam pembinaan..siapa punya ?...taukey mana?...sedih sekali.... Tanah-tanah milik bumi sekarang akan kelak habis terjual..tanah-tanah rezab Melayu dialibabakan dan di tukar milik.. Eemm..... Pak Din berharap jangan kita pula lari tinggal di kaki gunung pada satu hari kelak...(tanah reserved hutan).

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments