Rumah Asap ..Bolehkah Ku Jadikan Rumah Burung????


Tentu boleh..tetapi banyak yang perlu anda ubahsuai di sini.. Tengok saja di sekeliling.. pokok-pkoknya lebih tingi dari rumah asap ini. Ini boleh menyebabkan burung layang-layang ini takut untuk turun kebawah dari laluannya kerana banyak halangan di sekitarnya... Kecuali di kawasan ini tiada rumah lain yang paling dekat dan tiada pilihan lain.

Cadangan Pak Din tinggikan sedikit pintu masuk rumah ini melebihi paras pokok dikekeliling supaya pancaran bunyi yang dimainkan kelak akan dapat bergerak jauh bagi memikat burung-burung yang lalu di atasnya. ATAU clearkan sikit pokok-pokok di sekelilingnya supaya kelihatan lebih lapang...

Rumah ini jika telah berjaya menarik burung masuk dan bersarang... ciri-ciri keselamatan perlu dititik beratkan..kerana kelihatanya jauh dari pendudukan manusia..keselamatn dari manusia amat penting supaya burung yang sedang tidur dan bersarang didalamnya tidak terganggu..

Mungkin tuan-tuan masih boleh terpikir lagi..apa lagi yang perlu dibuat.. Lokasinya terletak di perjalanan Kulim ke Baling, Kedah.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments