Pintu masuk yang macam mana pilihan kami???


Pintu masuk yang bagaimana paling sesuai untuk burung layang-layang ini?? Tiada siapa yang tahu tetapi saiz dan bentuk yang memberi keselesaan bagi burung adalah yang paling penting.

Saiz pintu tak menjadi masaalah kepada burung memandangkan "wing-span" bagi burung ini tidaklah begitu panjang.. Burung ini memerlukan ruangan yang cukup untuk mereka terbang masuk melalui pintu dan
berpusing sebelum terus turun kebawah..ke tempat pembiakannya.
Mereka juga memerlukan ruangan legar yang mencukupi untuk terbang sebelum hinggap di tempat yang mereka merasa selesa. Ruangan dekat pintu masuk yang sempit membuatkan mereka masuk dan keluar semula apabila lebih dari satu pintu masuk disediakan untuk mereka.

Pintu masuk dari atas memberikan ruangan yang cukup luas bagi mereka terbang dan berlegar kerana ini memberi mereka peluang untuk terus





berpusing di kawasan pembiakan.

Pintu masuk yang dibuat didinding juga memberi peluang yang lebih baik untuk mereka masuk dan berlegar didalamnya.. Mengikut pengalaman Pak Din pintu masuk yang begini membuatkan burung masuk lebih cepat... daripada bentuk "monkey house yang kecil saiznya..


Pintu masuk yang dibuat pada dinding dan ruangan yang direct terus kebawah memberi peluang kepada burung layang-layang ini memilih tingkat mana yang bersesuaian bagi mereka hinggap dan tidur.. Oleh sebab itu Pak Din selalu menyarankan pihak pengusaha membuka pintu masuk dalaman dari tingkat atas kebawah secara direct supaya burung tak "pening" untuk mencari pintu keluar apabila mereka telah turun ke tingkat bawah.

Terdapat kes-kes kematian burung akibat tidak dapat mencari pintu keluar dari sesebuah rumah burung. Jadi bagi mengelakkan dari ini berlaku...kita perlu sentiasa membuat pemerhatian dari dalam rumah supaya kita lebih arif apa yang diperlukan oleh burung-burung yang masuk ke rumah kita..






Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments