Pengurusan Rumah Burung Kita Penting..


"Sudah enam bulan rumah ku beroperasi..tapi masih belom dikatakan berjaya... keluh Cik Gu yang tinggal di Tg Piandang ni.. Mulanya aku hanya menanti akan kemasukkan burung -burung ini.. selepas berbelanja RM 45K... segalanya ku ingatkan sudah mencukupi... tetapi apabila melihat rumah-rumah yang dibina di dalam blog Pak Din, dengan jumlah sedemikian sepatutnya aku sudah mendapat sebuah rumah "banglow" buat burung-burung ku..." begitulah keluhan cik gu ini... "Apakan daya aku disembelih hidup-hidup!!!"

Bagi Pak Din janganlah lagi ramai orang-orang kita terpedaya dengan janji-janji manis sesetengah orang.. jangan terlalu ghairah untuk memiliki rumah burung hingga kita tertipu.. Cik Gu ini telah menyedari hakikat ini dan kini beliau giat mencari ilmu untuk mengisi dada.. dan cobaan demi cobaan dibuatnya dalam memperbaiki rumah burung beliau.. Dahulunya pintu masuknya melalui "monkey hole" kini dibuka pintu baru di dinding... Alhamdullilah selepas mengurus rumah beliau ini.. burung makin banyak memasuki rumah beliau.. dan kini khabarnya satu sarang sudah mula dibina..

Inilah yang selalu Pak Din nasihatkan perbanyakkan ilmu didada.. buatlah cobaan dan pembaharuan.. pada rumah burung kita.. pikirlah seperti burung.. agaklah apa yang mereka mahu dari rumah kita..lama-lama akan berjayalah kita insha Allah.. Mungkin pada sesetengah orang satu sarang belum berjaya...YAAAA betultu.. kalau hanya satu sarang hingga bertahun-tahun.. memanglah kita failed..tapi setiap satu bermula dengan yang pertama kan???

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments