Panggilan Burung dari Jarak Jauh..


Dalam usaha menarik burung yang jauh dari kawasan rumah burung kita.. yang terletak di pendalaman atau di mana jua.. pelbagai inovasi boleh dilakukan. Seperti yang Pak Din ceritakan terdahulu sistem 3 suara yang digunakan juga menitik beratkan panggilan suara luar.

Gambar disebelah merupakan "gelangan" lampu yang dipasang bagi mencerahkan cahaya di kawasan bawahnya.. Kita boleh gunakan konsep yang sama untuk speaker kita.. dipasang disekeliling "gelang" bulat dan mendongakkan speaker ke atas bagai mendapatkan pancaran suara yang lebih meluas dan tanpa halangan.

Gambaran disebelah kanan menunjukkan bagaimana seorang pemilik rumah di bandar mencuba memanggil burung datang kerumahnya. Speaker ini dipasang di sekeliling kotak yang dibuat khas dan dihalakan ke atas. Ini membantu beliau memancarkan suara ke setiap ruangan

Pemilik ini menaikkan speakernya ke atas dan menghalakan speaker ke arah rumah-rumah burung sedia ada bagi menarik burung dari rumah-rumah tersebut datang kerumahnya Cara ini biasa dilakukan untuk menarik burung dari jarak dekat.

Ketinggian speakers kesluruhannya bergantung kepada sejauh mana tarikan yang kita inginkan.

Memandangkan panggilan yang kita buat berada pada ketinggian yang melebihi pintu masuk rumah kita, maka sistem 3 suara amat penting bagi menarik burung-burung ini masuk ke rumah. kalau tak..semua burung-burung ini akan hanya berlegar di atas ruamh kita.. dan susah untuk masuk kedalam.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments