Pak Din Cuma Dapat Membantu...Tapi Sabarlah Menunggu..

Hari Sabtu yang lepas Pak Din mengunjungi lagi rumah burung di Bangi.. Amplifier beliau terbakar.. Pak Din pergi gantikan yang baru.. Pak Din sampai dalam jam 12.00 lebih..tak banyak burung yang ada disekitar rumah burung Bangi ini... Pak Din tukarkan bunyi panggilannya.. Alhamdullilah ada yang datang tapi sekitar 20-50 ekor ajer yang datang dan terus masuk dan keluar kerumah beliau.. Mengikut tuan rumah disebelah petang akan lebih banyak yang akan berkunjung ke sini.. Kini lebih banyak burung dah mula tidur... lebih dari dulunya yang cuma 3-4 ekor sahaja..

Syukurlah... tapi kesihan juga Pak Din pada mereka..amat sabar menunggu!!!.. Kata mereka apakan daya kawasan mereka tidak punya banyak burung.. Pak Din rasa mungkin burungnya tidak sampai kesitu mencari makanan. Terdapat banyak burung disekitar Paya Indah Wetland, Sepang, Nilai dan Salak Tinggi.. Mungkin sesuatu boleh dibuat bagi menarik lebih ramai burung ke sini..

Pak Din nak cadangkan tuan rumah berusaha meninggikan pemancar suara burung di bumbung rumahnya. Mungkin boleh gunakan tiang besi yg digunakan utk arial tv..(12 kaki) dihujungnya diletakkan 3 penjuru speaker yg diubah suai..menjadi "long-horn" supaya gelombang suara dapat bergerak tanpa halangan ke arah "lapang" dan lebih jauh... Nasihat Pak Din cubalah...jangan putus asa.. dan berdoalah supaya Allah makbulkan hasrat kita.. perbanyakkan solat dhuha..untuk tambahkan rezeki.. Insha Allah.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments