Pada Yg Ingin Meneroka Sumber Alam Dara...




Pada pagi 10 Julai, jam 7.30 pagi pakdin dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Lipis. Disepanjang perjalanan tak ada satu pun rumah burung yang dibina.. Sampai di Kg. Sg. Koyan, terkejut Pak Din melihat begitu banyak burung berterbangan di sepanjang jalan.. terbang-terbang mencari makan. Ooo.. yang sedihanya 100% penempatan orang Melayu… mungkin penduduk di situ belum kenali burung layang2…belum ada kesedaran... mereka masih berkerja sebagai buruh ladang. Ada yang naik motosikal lama dan kenderaan sorong tambahan. Sayang sekali.

Banyak tanah terbiar di sepanjang perjalanan di sini….kawasan tanah tinggi.... yang rata-ratanya menjadi kawasan mencari makan burung-burung ini.. Amat berpotensi sekali.....Dalam 40 minitn perjalanan barulah Pak Din nampak sebuah rumah burung yang tersergam dan kemudiannya terdapat beberapa unit rumah burung (deretan kedai) milik kaum Cina …. Masih jauh lagi rupanya kaum kita mengejar kekayaan alam…. pastinya tanah di sana murah2…harganya.

Teman-teman di luar sana.. Jom kita buat rumah burung di sini. Mungkin kita yang pertama menempah kerjayaan... Lepas itu pasti tanah2 di sini naik harga. Pada yang ingin meneroka inilah sumber baru yang masih dara.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments