Pembinaan Sebuah Lagi Rumah Burung..

Tapak bagi sebuah lagi rumah burung untuk En Wan telah siap dibina. Pak Din telah menghantar 3 orang pekerja ke sana minggu lepas.. Inilah lantai bagi rumah bersaiz 20'x30'x30' (3 tingkat).

Pembinaan rumah ini adalah menggunakan zinclom untuk dinding dan atapnya. Rumah ini juga bakal ditontoni melalui internet kelak insha Allah.

Jika tiada masaalah pembinaan seperti hujan atau pekerja...ianya dijangka siap dalam tempoh 25-30 hari.. Insha Allah. Seorang lagi bakal pengusaha rumah burung akan dilahirkan.. Yang lucunya ibu En Wan ini juga berminat membina sebuah lagi rumah burung di sebelahnya....Ermmm berebut burunglah nampaknya kelak..Tapi itulah yang selalu dibuat oleh pengusaha Cina.."satu untuk saya dan satu untuk anak". Tak jadi masalah kerana rezeki adalah dari Allah..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments