Menempah Kejayaan.. Sedikit-sedikit Lama-lama Jadi Bukit!!!!


Seorang teman dari Kubang Kerian telah menghantar gambar rumah beliau dan perkembangan terkini di dalamnya pada Pak Din semalam. Dengan ucapan terima kasih dan berbesar hati Pak Din ingin berkongsi "kejayaan" beliau sehingga kini. Beliau telah memulakan operasi ini sejak akhir tahun 2009?? Gambar diatas adalah semasa dalam pembinaan di awal operasi dulu.... Insha Allah akan dipaparkan gambar terkini apabila Pak Din menerimanya nanti...

Setelah sekian lama berusaha dan berdoa kepada Yang Maha Memberi Rezeki dan dengan pelbagai penambah baikan yang beliau lakukan.. Alhamdullilah kini rumah beliau telah menampakkan sedikit kejayaan..

Bermula dengan sebiji sarang... kini telah mula menampakkan penambahan kepada 3 biji?? di tempat yang berbeza.. Tetapi kini dah banyak... Alhamdullilah.. Jumlahnya rahsia.. kata tuan Empunya... Insha Allah akan bertambah lagi.. Kerana kita mesti memahami bahawa burung-burung yang datang tinggal dirumah kita ialah anak-anak muda yang baru mendapat pasangan dan masih lagi dalam "alam percintaan" belum bersedia untuk "berkeluarga"..

Mungkin pada orang yang telah berjaya... ini bukan satu "kejayaan" kerana pada mereka hanya dengan 100-200 biji sarang barulah dikatakan kejayaan... Pak Din terbaca komen
seseorang dalam "bicarajutawan" kepada seorang usahawan yang bertanya...apakah satu dua sarang yang beliau ada di dalam rumah beliau..SATU KEJAYAAN???

Kesihan beliau.. ORANG YANG BERJAYA INI BUKANNYA NAK MEMBERIKAN SEMANGAT.. tetapi hanya melemahkan semangat!!! Pada Pak Din kejayaan sesuatu projek bermula dengan SATU.. MENJADI DUA..seterunya TIGA, EMPAT, LIMA..DAN....

Teman kita ini telah mencuba pelbagai pembaharuan..dan untuk berkongsi dengan semua orang..beliau telah membantu satu pasangan muda ini membina sarang mereka dengan meletakkan sarang tiruan di tapak sarang tersebut..dan selepas itu beliau mendapati pasangan tersebut telah membina sarang di atas sarang tiruan tersebut.. Alhamdullilah..mungkin itulah yang diucapkan siburung...SENANG SIKIT DAN CEPAT SIKIT...AKU DAPAT BERTELOR.

Cuma nasihat Pak Din sarang tersebut perlu dipindahkan ketempat lain (baru) apabila anak-anak mereka telah mula membesar selepas kali kedua anak mereka diibesarkan.. supaya kelak ia dapat digunakan oleh pasangan yang lain pulak. Jika tidak mereka menjadi malas untuk membina sarang baru...RUGILAH KITA NANTI..

Bagi penjuru yang sebegini mungkin elok diletakkan papan pepenjuru yang boleh mengelakkan burung bersarang begini.. kerana kualiti bagi sarang-sarang yang dibina dipenjuru adalah rendah..

Burung-burung memang suka membuat saranag di sini sebab tak banyak air liur yang perlu dikeluarkan untuk menyiapkannya.. jadi memasang papan tersebut boleh menjadikan sarang yang dibina lebih cantek dan berkualiti..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments