Seminar Burung Layang-layang Gua Di Putrajaya..

Semalam Pak Din menerima banyak panggilan dari teman-teman yang menghadiri seminar di Putrajaya.. Pak Din juga menerima jemputan dari pihak Bank untuk turut serta.. tetapi disebabkan sebab-sebab tertentu Pak Din tidak hadir... Teman-teman Pak Din ingat Pak Din juga hadir.. masing-masing bertanya Pak Din dok kat mana??? Dewan besarlah katakan.. susah nak jumpa kawan!!!

Tetapi semuanya Pak Din jawab yang Pak Din di Klinik... selepas kursus ada teman yang melapurkan..."presentation" yang diberi hampir kebanyakkannya menggunakan fakta yang sama seperti yang diberikan dalam kursus anjuran PERHILITAN.. memandangkan ramai juga peserta/teman yang hadir adalah bekas peserta PERHILITAN.... Ermmmm boring juga kata mereka... tak der maklumat baru!!! Gambar rumah contoh pun menggunakan rumah BURUNG PERHILITAN... Dan lagi rumah dalam blog Pak din yang berharga RM30,000-40,000 pun digunakan sebagai contoh.. gambar Pak Din ker???? atau dia pi ambil sendiri di Teroi, Kedah?? Harap-harap gitulah sebab menggunakan gambar orang tanpa kebenaran adalah salahkan???

Teman-teman yang menghadiri kursus ramai yang ingin mengetahui pasal pinjaman bank .. Banyak soalan yang tak berjawab..kerana terlalu banyak soalan.. NAK PINJAM DUITLAH KATAKAN.. Apa yang dberitahu..peruntukan akan dipermudahkan kepada yang ingin meminjam... peruntukan ada >RM67 juta.. Jika RM 30,000 tak perlu cagaran, RM 50,000 keatas perlu cagaran.. peruntukan akan disalurkan kepada bank-bank di cawangan.. dan yang berminat boleh pergi kecawangan untuk memohon.. APAKAH KELULUSAN ATAS BUDI BICARA PIHAK PENGURUS BANK BERKENAAN??? entahlah jika demikian tentu susahlah nak dapat...terutama jika pengurus sendiri tak faham pasal burung layang-layang dan perusahaannya.. kerana lebih banyak yang negatif dari positif.. maknanya ramai yang buat rumah tapi sedikit saja yang berjaya...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments