Kota Baru-- Serambi Mekah Hari ini Kami datang Melawat Mu!!!


Semalam Pak Din sampai di Kota Baru jam 7.00 petang.. Kotanya kelihatan tenang..tiada hiruk pikok kota seperti di lain-lain kota.. walaubagaimana pun jemnya sama jugak dengan lain-lain kota.. tapi taklah sesibuk yang lain..


Masuk saja ke kota serambi Mekah ini Pak Din melihat sekeliling...sebab dengarnya Kota Baru ini telah lama menceburkan diri di dalam bidang perusahaan sarang burung layang-layang ini..

Ramai yang mengatakan Kota Baru ini tidak sehebat lain-lain bandar.. kata mereka pembangunannya jauh ke belakang..tapi pada Pak Din ianya sudah cukup membangun dengan
bangunan-bangunannya yang tinggi. Mencari hotel juga bukanlah senang disini terutama selepas sekian lama tak menjengah ke Serambi Mekah ini..

Tapi alhamdullilah sesampai saja kami berhampiran dengan bangunan pejabat persekutuan, ternampaklah Hotel Sutera Inn... Ermm Pak Din pun terus menuju ke situ untuk bermalam...


Pagi ini menjengah ditingkap Pak Din dapat melihat beberapa buah rumah burung yang dibina di tingkat atas bangunan-bangunan lama..

Burung-burung juga kelihatan banyak di bahagian atas bumbung bangunan terutama di mana adanya rumah-rumah burung.. Alhamdullilah ramai juga yang menceburkan diri di sini.. Harapan Pak Din ramai jugalah yang miliknya orag "kita".


Walaupun dengar ceritanya banyak rumah burung di sini dan ramai yang telah jadi jutawan hasil dari perusahaan ini.. tetapi bangunan-bangunan di sini tidaklah kelihatan seperti "rumah-rumah hantu" seperti yang kelihatan di pekan-pekan lain.. Mungkin pihak Majlis di sini memainkan peranan mereka dengan sebaiknya??


Aduan-aduan gangguan juga taklah sebanyak mana.. mungkin jiran-jiran kepada rumah-rumah burung di sini memahami akan tabiat burung layang-layang ini dan tidak mempersalahkan burung ini untuk sebaran penyakit, bunyi bising dan kekotoran... Entahah kan??? Mungkin orang-orang di sini tidak terdiri daripada orang-orang "elite melampau" ....

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments