Kesihan Si Burung Layang-layang Gua ini..

Petikan Utusan Malaysia Onlie..

Terminal bas, teksi dicemari najis burung


MUDA Awang menunjukkan meja di sebuah kedai makan yang dikotori najis burung walit di Terminal Bas dan Teksi Mersing, baru-baru ini.


MERSING 27 Sept. - Penduduk di sekitar bandar ini mengeluh kerana Terminal Bas dan Teksi Mersing dicemari najis burung layang-layang sejak tahun lalu.

Menurut mereka, walaupun beberapa bulan lalu terminal berkenaan telah dipasangkan jaring bagi mengelak kehadiran burung tersebut, ia tidak memberi sebarang kesan.

Seorang kakitangan terminal berkenaan, Muda Awang, 70, memberitahu, lebih menjijikkan apabila najis burung itu bertaburan di atas lantai dan meja makan.

"Keadaan itu amat menjijikkan dan membantutkan selera sesiapa sahaja yang ingin menikmati makanan di situ," katanya kepadaUtusan Malaysia.

Jika perkara tersebut berterusan berlaku, dia bimbang pelancong yang singgah ke tempat itu akan berasa jijik dan membatalkan hasrat untuk menjamu selera di situ.

Tinjauan Utusan Malaysia juga mendapati rata-rata seluruh kawasan di situ dicemari najis burung malah di sesetengah tempat, ia sukar dibersihkan kerana telah kering dan terbiar semalaman.

Setiausaha Persatuan Kereta-Kereta Sewa Daerah Mersing, Azmi Mohd. Salleh, 53, pula berkata, dia dan rakan-rakannya turut membantu membasuh najis-najis terbabit setiap pagi sebelum terminal dibuka kepada orang ramai.

"Saya kasihan melihat mereka yang telah lanjut usia seperti Muda Awang membersihkan lantai pada setiap hari," katanya.

Katanya, kumpulan burung itu bukan hanya mengotori lantai dan meja makan, malah dinding, tembok dan bumbung pejabat persatuan mereka.

"Masalah ini pernah disuarakan kepada pihak Majlis Daerah Mersing (MDM) beberapa bulan lalu dan telah dipasang jaring bagi mengelak najis jatuh ke bawah, namun ia masih tidak berkesan," katanya.

Justeru, beliau meminta agar pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera menangani masalah itu demi keselesaan orang ramai.


KESIHAN NASIB SI BURUNG LAYANG-LAYANG INI..UMPAMA SUSU PUNYA LEMBU SAPI DAPAT NAMA...


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments