Kenapa PHD (Perasaan Hasad Dengki) Amat Menebal Di kalangan Kita???

Kenapa dikalangan kita..perasaan "PHD" begitu menebal sekali??? Semalam Pak Din menerima komen di chatbox berkaitan perkara yang sama... terpikir Pak Din kenapa ya..bila kita kaum bumiputra ingin membuat sesuatu..tentunya ramai yang merasa PHD tetapi bila kaum Cina berbuat demikian disebelah rumah kita atau berhampiran.. senyap pula orang kita..

Pengalaman Pak Din dulu semasa Pak Din bina rumah burung di belakang rumah Mak Mertua Pak Din.. wah bukan main bising jiran disebelah.. sampai terjerit-jerit mengatakan bising.. walaupun di waktu hujan bunyi katak dan lain-lain burung lebih bising lagi.. Jiran itu hingga sekarang tidak bercakap atau bertegur sapa walaupun bersama-sama solat berjemaah di surau berhampiran... Entahlah itulah orang kita..

Ada juga jiran yang tinggal di hujung kampung yang cuba menghasut jiran disebelah yang tidak kisah tentang rumah burung Pak Din itu.. minta pula dilapurkan kepada pihak berwajib.. sehingga ada yang datang untuk menyiasat tetapi pulang begitu saja apabila jiran terdekat tidak komplen.. Begitulah perangai orang kita.. Bunyi bising dari pengusaha Cina yang memasang bunyi burung tersebut terjerit-jerit hingga kerumah mereka tak pula diendahkan...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments