Empangan Beris, Sik, Kedah ...Bakal Punya Rumah Burung

Empangan Beris ini dulunya sebuah hutan yang terbentang luas dengan hidupan liar yang pelbagai. Sebelum pembinaannya satu kajian EIA telah dijalankan oleh Pihak PERHILITAN dan beerapa saranan telah dicadangkan bagi melicinkan pembinaan Empangan ini termasuklah pemantauan pemotongan hutannya supaya hidupan liar dapat berpindah ke kawasan hutan berhampiran dengan selamat. Begitulah yang Pak Din dengar dari kawan-kawan yang berkerja di situ.. Alhamdullilah sekarang ianya telah mula berfungsi dengan baik??
Di sini kemudiannya telah diusahakan
pula tanaman anggur secara "trial" oleh Jabatan "pertanian" ??. Kini ada ura-ura seorang YB ingin membina sebuah rumah burung yang bakal menjadi pioneer di tempatnya.. Mungkin ini boleh dijadikan contoh bagi kawasan empangan ini..kerana setahu Pak Din masih belum ada rumah burung milik bumiputra beroperasi di sini.

Alhamdullilah jika ini menjadi kenyataan.. kerana ia mungkin boleh menarik minat golongan berada untuk menceburinya kelak. Atau program PPRT secara berkelompok boleh di usahakan di sini..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments