Dulu Kami Di Penjara... Kini Kami Bebas Di Luarnya..

Rumah kami terletak berhampiran dan bersebelahan dengan sebuah penjara di Merchang, Terengganu... Dulu Kami ini datang mencari makan di sekitar kawasan penjara ini.. dan terpaksa pulang ke rumah kami di pekan berhampiran.. sejauh berpuluh kilometer mungkin... Kini telah dibina sebuah rumah burung yang sederhana buat Kami oleh seorang pengusaha Melayu.. Alhamdullilah..
Anak-anak burung yang telah dewasa dulunya terpaksa terbang jauh untuk mencari makanan kini telah mendapat pasangan dan mencari tempat baru untuk mula membina keluarga baru..

Setahun dua yang lepas mereka menjumpai rumah ini yang baru siap dibina dengan keluasan rumah lebih kurang 20'x30'x 2 tingkat... Kami mengambil keputusan untuk menetap di sini.. makanan banyak disekitarnya kerana kelihatan sebagai sawah padi yang tidak lagi diusahakan.. Kawasan air juga berhampiran.. Daripada sepasang teman-teman kami di pekan berhampiran mula mengikut jejak berpindah ke sini.. Alhamdullilah kini ramai juga teman-teman mula menetap di sini.. Almaklumlah begitu jauh rumah asal kami tinggal...setiap hari terpaksa terbang berpuluh-puluh kilometer untuk mencari makanan.. Kini kami lebih selesa di sini...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments