Dari Yang Kurang Bernilai ... Kepada Sesuatu Yang Berharga..

Jika kita kerap bergerak dari satu tempat ke suatu tempat terutama melalui pekan-pekan kecil yang terpencil kita pasti akan berjumpa dengan pemandangan sebegini..

Bangunan-bangunan lama, buruk dan tidak di pedulikan orang dengan hanya beberapa unit sahaja yang berpenghuni.. merupakan pemandangan biasa..


Kenapa di antara kita yang punya wang berlebihan tidak cuba melabur di sini seperti yang biasa dilakukan oleh pengusaha-pengusaha Cina?? Pastinya rumah-rumah ini dijual dengan harga mampu milik apabila ianya terbiar begitu sahaja...

Rumah yang buruk ini apabila dibeli oleh pengusaha-pengusaha rumah burung, mula di cat baru, di ubahsuai menjadi lebih cantik dan dalam masa yang singkat mulalah harganya juga melambung tinggi.. Siapa yang perlu dipersalahkan???

Yang pasti bukanlah penghuni barunya kan?? bangunan yang sedia tinggi ini amat senang untuk menarik burung layang-layang datang dan tidur di dalamnya.. Apabila telah ada seorang pengusaha mengubahsuai rumah ini akan adalah yang lain-lainnya menyusul... dan lama kelamaan penghuni yang ada di sini pun akan menjualkan rumahnya sebab harga sudah tinggi.. dan akhirnya rumah pangsa ini keseluruhannya menjadi milik siburung...siapa yang bertuah??? dan siapa yang bersalah??? Rumah milik manusia di tukar penghuninya kepada layang-layang gua???

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments