Burung Juga Pandai Merajuk...Pengalaman Pak Din

Pak Din telah diamanahkan untuk membina sebuah rumah burung di pertengahan tahun 2008 di utara Kedah. Pada masa tersebut Pak Din masih lagi dalam proses pembelajaran membina rumah burung. Walaupun Pak Din sudah lama berpengalaman dalam bidang pembinaan bangunan/jambatan.. membina rumah burung adalah satu cabaran baru..

Rumah berukuran 20'x50'x20' telah dapat Pak Din bina dengan bantuan pekerja-pekerja "kurang mahir" dari orang kampung dan kemudiannya orang Mynmar... Pelbagai rintangan Pak Din terpaksa hadapi dengan pelbagai kerenah pekerja...sehinggakan Pak Din biasa diugut dipukul kerana mahukan bayaran lebih.. Pak Din ketika itu menawarkan harga yang paling murah untuk pembinaan rumah burung ini.. Pihak kontraktor Cina meminta pada tuan rumah RM 200K lebih, Pak Din tawarkan di bawah RM 60K.

Di akhir Disember 2008, rumah ini telah siap dibina..dan Pak Din mula memanggil burung-burungnya pada akhir tahun tersebut.. Dengan menggunakan suara burung yang diberikan oleh pihak PERHILITAN.. bunyi pun dimainkan.. Banyak jugalah burung yang datang tetapi tak banyak yang mahu masuk kedalam..Pada fikiran Pak Din mungkin musimnya tak betul..tak banyak burung yang datang.. maklum masa itu selepas musim menuai..

Kemudiannya di awal tahun 2009 Pak Din sekali lagi diminta membuat pengubahsuaian pada rumah tersebut.. menambah satu menara 3 tingkat..berkeluasan 15'x10'x30' di sebelah rumah tersebut..Selepas pembinaan rumah tersebut ... Pak Din mencuba pelbagai suara burung yang di dapati dari pelbagai pihak secara percuma dan Pak Din pada masa ini telah pandai sedikit mengubah lagu-lagu burung.. SAtu suara begitu banyak menarik burung layang-layang ini datang ke sini.. Alhamdullilah!! Pada pikiran Pak Din kesesuaian bunyi bergantung pada tempat..Maknanya tak semestinya satu suara yang bagus di suatu tempat akan bagus untuk tempat yang lain.. Entahlah kenapa??? HANYA BURUNG ITU SENDIRI YANG TAHU..Mungkin macam kita juga loghat percakapan kita juga berlain ikut tempat..

Selepas lebih kurang 3-4 bulan.. Pak Din mendengar berita sudah ada 15 sarang di dalam rumah tersebut.. Pak Din mngucap syukur...berjaya jugak usaha Pak Din..Pak Din tumpang gembira...

Selang beberapa bulan selepas itu Pak Din dipanggil lagi..untuk buat renovation lagi...Aduh!!! Burung sudah mula bersarang..kenapa pulak nak diubah suai lagi..PAK DIN DAN TUAN RUMAH DINASIHATI OLEH ISTERI PAK DIN, SEORANG PAKAR BURUNG untuk tidak melakukannya..tetapi pihak tuan rumah masih berkeras NAK JUGA MEMBUAT RENOVATION TERSEBUT.. WALAUPUN DENGAN BERAT HATI.. terpaksa juga Pak Din memanggil pekerja untuk melakukannya...

Kesihan si burung.. ibu/bapa dan anak-anak yang masih belum besar tentunya "merana" diganggu dengan segala "ketukan" dan suara manusia BAK GERGASI.. yang tentunya bising berbual/menyanyi sambil berkerja.. (tidak memahami tabiat burung). KEBISINGAN MEMUNCAK APABILA PAK DIN DIMINTA MEMBUAT PINTU UNTUK TURUN KE BAWAH DARI TINGKAT 2 KE TINGKAT 1... katanya pintu terlalu kecil untuk burung turun ke bawah...BAYANGKANLAH LANTAI SETEBAL 4" MAHU DI DRILL.. BAGAIKAN ORANG MEMOTONG JALAN!! ADUH BISINGNYA TAK TERHINGGA..

Apa nak dibuatkan Pak Din hanya menurut arahan tuan rumah walaupun berat terasa di hati...dan baru-baru ini Pak Din dikejutkan lagi dengan panggilan dari tuan rumah mengadu..burung tak mahu masuk kedalam..hanya berlegar di atas sahaja.. Terpikir di fikiran Pak Din BURUNG SUDAH MERAJUK?? APA SUDAH JADI DENGAN IBU DAN BAPA BURUNG YANG DULUNYA BERSARANG DI DALAM??? SUDAH TERBANG MENINGGALKAN ANAK-ANAK YANG MASIH KECIL??? Entahlah..Pak Din malas sudah mahu bertanya..

Kepada teman-teman di luar sana.. janganlah mengikut tauladan yang tak baik ini.. jika rumah kita sudah ada penghuninya.. janganlah mereka diganggu.... Pernah Pak Din mendengar cerita dari seorang TEMAN KEPADA pengusaha burung layang-layang ini di tempat lain... rumah burungnya sentiasa diberi orang melawat tak kira waktu... akhirnya semua burung yang tidur di dalamnya juga terbang meninggalkan rumahnya.. Jadi berhati-hatilah JAGALAH HATI BURUNG-BURUNG KITA INI.. JANGAN DIBIARKAN MEREKA MERAJUK OLEH KERENAH KITA..WALLUALAM..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments

Unknown said…
Komen saifswift dipetik dari chat box: pertengahan 2009 saif ader buat renovation asl 1tingkat kpd 2 tingkat..masa tu dah ader 6sarang rata2 separuh siap..bila kita tingal jer kdg2 pekerja

saifswift : isap rokok dan makan dalm BH kita..tu pun dah pesan awal2! frust pun ader waktu tu bila kita tengok walet masuk then kuar balik..dan xbalik2..huhu

saifswift : last sekali saif terpaksa close sepenuhnya BH..3-4 ari kerja siap..then seminggu lps tu saif buka balik..Alhamdullillah tanda2 + datang kembali