Berita Terbaru Dari Besut...


Hari ini Pak Din bertolak dari Arau, ke Besut lagi... Melihat projek Pak Din bina rumah burung di sana. Sampai sudah agak petang.. Pak Din keletihan...memandu dengan kelajuan yang amat perlahan sekali... Alhamdullilah sampai juga ke Besut.. Syukur Pak Din dapati rumah burung teman kita di sana sudah hampir siap.. lebih kurang 70-80% siap.. Insha Allah hujung bulan ini ianya bolehlah beroperasi..kalau tak pun awal bulan Ogos kelak, sebelum bulan puasa ni.

Ibu dan bapa teman Pak Din sangat gembira melihat progress rumah burung anak mereka... kata mereka...pekerja-pekerja Pak Din selalu mereka pantau...alhamdullilah sebab Pak Din duduk jauh.. susah juga nak pantau.

Syukurlah pembinaan rumah ini hanya mengambil masa antara 15-20 hari tak termasuk hari tak berkerja dan hujan.. Insha Allah design sebegini boleh disiapkan dalam tempoh 1 bulan sahaja keseluruhannya jika tiada hujan atau lain-lain musibah..

Mengikut bapa teman Pak Din telah ramai yang datang melawat rumah ini bertanyakan cara-cara pembuatannya dan bahan-bahan yang digunakan... Ramai yang berminat nampaknya...Insha Allah akan semakin ramai kaum bumi di sini memulakan industri ini kelak...terutama dari kalangan che gu-che gu..

Beliau juga tak sabar lagi menunggu untuk melihat rumah ini beroperasi kerana katanya telah banyak burung yang datang bermain disini setiap petang dan pagi.. semacam tak sabar nak masuk rumah baru ini... Alhamdullialh jika benar... insha Allah taklah perlu lama untuk melihat kejayaan bagi rumah burung ini.. Apa-apa pun banyakkan berdoa..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments