Banglow Dua Tingkat.. MIlik Siapa???

Gambar sumbangan Saifswifts

Rumah burung ini baru sahaja beroperasi selama setahun tetapi hasilnya sudah boleh dituai.. beruntung pemiliknya seorang bumiputera juga di Kota Baru?? Ramai betul dari Kota Baru kan?? Rumahnya 2 tingkat dengan saiz dianggarkan sekitar 20'x40'. Walaupun hanya 2 tingkat, ianya terletak di kawasan yang agak lapang.. memberikan ruangan untuk pancaran suara yang boleh pergi jauh dan memanggil burung disekitar untuk datang kesini dengan mudah..

Pintu masuknya menghadap ke kawasan mencari makanan bagi burung-burung ini.. mungkin rumahnya terletak di kampung??? berhampiran dengan Kota Baru?? di mana terdapat koloni burung yang begitu banyak sekali.. Anak-anak burung yang menghampiri dewasa akan lebih suka mencari rumah baru yang berdekatan dengan supply makanan...dan air..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments