ARKIB : 11/05/2010

Skim penipuan pelaburan dibongkar

KUALA LUMPUR 10 Mei - Penipuan membabitkan skim pelaburan burung layang-layang yang mencecah nilai RM400,000 terbongkar selepas Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melakukan serbuan ke atas premis Aeroswift Consultancy Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Kulim, Kedah.

Menurut kenyataan SSM, modus operandi syarikat tersebut ialah menawarkan penjualan lot pelaburan rumah burung layang-layang kepada orang awam tetapi hak pengurusan dipegang syarikat.

"Syarikat ini menjanjikan pulangan kepada peserta dengan pembahagian keuntungan mengikut nisbah 80:20.

"Peserta skim berkenaan juga diyakinkan dengan nilai penjualan kasar sarang burung yang kononnya boleh mencecah nilai RM120,000 sebulan sekiranya pelaburan maksimum dilakukan," kata kenyataan itu yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, siasatan kes tersebut dibuat mengikut peruntukan Seksyen 84(1) dan Seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965.

Serbuan itu dibuat setelah pemantauan berterusan selama beberapa bulan terhadap syarikat itu.

Semalam Pak Din bertemu seorang teman baru di Kuantan.. Beliau juga menceritakan kes yang sama berlaku di Negeri Sembilan.. Beliau telah membeli lot sebanyak RM 10,000 dari syarikat yang lain???? sehingga kini belum ada apa apa berita tentang pelaburannya.. lokasi tak diketahui...lot dalam rumah juga tak pernah ditunjukkan...Seorang lagi teman Pak Din telah melaburkan wang sebanyak RM25,000 untuk satu (???) lot di utara dengan sebuah syarikat di utara bagi pelaburan yang sama...kesihan!!!! HARAPAN PAK DIN SELEPAS NI TAK ADA LAGI YANG TERTIPU..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments