Antara Yang Baru Dan Yang Lama.. Yang Mana Satu Idaman si Burung???.




Rumah-rumah usang ini menyambut kedatangan Pak Din semalam sejak berapa lama dulu tidak datang ke sini.. Alhamdullilah Pak Din gembira melihat rumah-rumah ini ditukar menjadi rumah burung.. Harapan Pak Din ianya milik orang kita..






Daripada ianya terbiar begitu saja... boleh juga burung-burung layang-layang ini tinggal disini.. Burung dah masuk ke belum..tak tahulah mungkin sekarang musim panas teramat.. jadi burung lambat pulang kerumah.. Itu sebabnya burung tak kelihatan semasa Pak Din melalui kawasan ini..




Tak kiralah rumah itu bentuknya atau rupanya lama atau baru.. Pada pandangan Pak Din yang penting
siapakah yang menjadi pioneer di
situ??? dan keadaan dalaman rumah walaupun buruk..tetapi jika keadaan dalamannya sesuai.. Insha Allah burung tersebut akan setia tinggal di rumah kita..





Di Pasir Puteh jumlah burungnya masih kurang dibandingkan dengan Tanah Merah dan Kuala Krai.. Mungkin ianya masih baru di sini. Bangunan rumah burung disini masih belum tumbuh banyak seperti di kedua-dua tempat tersebut..

Dan mungkin juga hartanah di sini masih belum menjadi semahal seperti ditempat-tempat lain??? Kedai-kedai di sini masih banyak yang tidak diubahsuai menjadi rumah burung.. Yang banyak ialah kedai-kedai makan yang rata-ratanya milik kaum bumi..

Pak Din nak sarankan orang kita mulalah ceburi bidang ini walaupun secara kecilan..Yang lebih baiknya buatlah rumah-rumah burung di pendalaman dimana burung-burung ini terpaksa keluar mencarai makanan setiap hari..

Pak Din tak rasa orang Kelantan di Pasir Puteh ini miskin wang...kerana banyak rumah-rumah mewah di sekitar Pasir Puteh ini.. Banglow-banglow besar tersergam indah di sepanjang jalan sebelum dan selepas pekan Pasir Puteh ini.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments