Antara Dua Darjat - Yg Penting Hasilnya.


Antara 2 Darjat. Pic.1 gambar diambil pada deretan rumah teres kos rendah manakala Pic.2 diambil 4 kilometer dari rumah tersebut. Kedua-dua Pic terletak di satu daerah yang sama (Setiu/Terengganu).

Syabas pada Usahawan rumah teres ini kerana setahu Pak Din banyak rintangan jika kita bina rumah burung di dalam kawasan perumahan. Sebab Pak Din pun telah membantu mengubahsuai sebuah rumah di Utara (Lokasi rahsia - dari PBT) dengan getaran gelombang dan sistem dinding serap bunyi (Ascostic wall panel)- spt sebuah pawagam. Alhamdulilah ... dah hampir 6 bulan ada perkembangan +ve. Pada yg berminat berhati2 pembinaan di kawasan perumahan kerana banyak risikonya. Jika boleh binalah di kawasan Kampung.. atau kawasan pertanian..

Rumah burung di kawasan perumahan akan terdedah kepada pelbagai risiko..pertamanya mungkin kita mendapat jiran yang punya PHD.. aduan demi aduan akan dilontarkan kepada kita.. Ada yang hingga sanggup menggunakan ilmu halus untuk menghalau kita dari rumah kita itu.. Salah seorang teman kita di blog ini telah menerima nasib yang demikian.. Beliau telah disantau oleh salah seoraang jirannya..yang punya lebih dari PHD.. SANGGUPKAN??? berbuat demikian sesama islam...

Risiko juga datangnya dari perbuatan manusia..bila ada rumah burung di sekitar kawasan perumahan, dikatakn pula banyak nyamuk.. sebab mereka ingat rumah burung perlu ada air takungan.. jadi dikatakan pula membiak nyamuk...jadi datang pula orang menyembur nyamuk aedes atau sebagainya.. Semburan yang melampau boleh menghalau burung-burung kita keluar dari rumah...ermmmm...FRUST KAN...JADI HATI-HATILAH...SUPAYA KITA TAK KERUGIAN..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments