Mahal Tak Semestinya Berjaya...


Jika kita ada WANG.. apa pun boleh buat, apa jua boleh dibeli... Cuma kita perlu ingat REZEKI diberi oleh ALLAH TAALA... Jadi tak semestinya rumah yang kita buat perlu mahal.. untuk kita menempah kejayaan dalam apa jua yang kita ceburi... terutama dalam bidang perusahaan sarang burung layang-layang ini..

Contoh rumah disebelah kiri ini Pak Din anggarkan tak kurang dari RM 300K...dan rumah di bawah kiri ini juga tak kurang dari RM 250K... Kejayaannya belum tahu!! kerana semasa Pak Din lalu di sini tiada seekor pun burung yang berlegar diatasnya..mungkin baru beroperasi???...

Dalam menjadikan rumah-rumah diatas ini mempunyai suhu dan humiditi yang bersesuaian... mungkin dindingnya dibuat dua lapisan..dengan bata merah?? (atas kiri) dan yang dibawahnya cement concrete block di buat dengan 2 lapisan cement ditepi dan kemungkinan kosong ditengah atau dilapisi dengan stereform?? Semuanya boleh dibuat...jika kita punya WANG.. Mintalah apa pun.. TANGGUNG BERES..JANJI DUITNYA DITAMBAHKAN??
Rumah diatas ini berharga antara RM 200K - 250K (harga pasti) tetapi dindingnya cuma bata merah (satu lapisan)..bayangkan jika dibuat 2 lapisan dengan ruangan kosong didalamnya..harganya sudah pasti 2 kali ganda?? Jadi bagi kita yang tidak mampu... ermm mungkin terpaksa buat sesuatu yang murah...bagi Pak Din biasanya Pak Din gunakan stereform disebelah dalamnya dan dilaisi dengan plaster nipis.. Itu dapat menjimatkan kos.. Apa pun janjinya didalamnya sejuk dan humiditinya mengikt keperluan...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments