Akulah Pioneer DI Tempat Ku...


Di perjalanan Pak Din dari Marang ke Kuantan hujung minggu lepas Pak Din terserempak dengan rumah yang hampir siap ini tetapi rasanya baru sahaja beroperasi.. Alhamdullilah adalagi rumah milik bumiputra di sini.. Yang pastinga pemiliknya telah punya kesedaran bagi menambah pendapatan melalui pembinaan rumah burung ini.

Rumahnya sederhana saiznya molek.. mungkin tak cukup budget untuk memplaster dindingnya.. Tapi Alhamdullilah oleh kerana rumahnya menggunakan bata merah..ianya masih kelihatan cantek.. terletak di tepi jalan tetapi lebih dikedalaman sikit. Dikelilingi banyak pokok-pokok yang agak tinggi disekelilingnya...
Semasa Pak Din menghampirinya agak masih awal, sekitar jam 9.00 pagi. Terdapat beberapa ekor burung mengelilingi pintu masuk burungnya.. Seekor dua jua kelihatan masuk keluar dari pintu kecilnya..

Pada pandangan Pak Din jika suaranya dipancarkan lebih tinggi daripada pintu masuk burungnya..insha Allah akan lebih banyak burung yang akan datang kesini... kerana rumah ini juga tidak punya "jiran" yang berdekatan.. yang terdekat mungkin lebih dari 10- 20km dari sini..





Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments