15 Shaaban Amat Bermakna!Bersama Berdoa/Memohon- Pjgkan Umur/Murah Rezki/Kuatkan Iman/Lakukan Yg Terbaik - Rezeki Kita Usaha / Allah Perkenankan

Mungkin rekabentuk rumah ini menggunakan dinding batu-bata 41/2" tebal sahaja. tetapi apabila musim kemarau bagaimana?....angin panas masuk kedalam bangunan. Perlu difikirkan ?.. Jalan terbaik Pak Din sarankan kita banyak menggunakan mesin air (kabus), sekurang2nya 2 unit disetiap tingkat dengan kawalan "temprature controll switch" (ada dalam posting terdahulu). Suhu dan kelembapan dapat membantu burung membina sarang dan menghasilkan sarang yg cantik/berkualiti.

Anggaran Pak Din rumah ini bersize 20' x 40' x 40' tinggi. Kos hampir RM 320k.. termasuk kerja-kerja penanaman cerucuk. Mengapa mahal?... kata kawan Pak Din, seoanrg kontraktor binaan?..cuba pikirkan berapa tan papan pembiakan dan sistem audio yang digunakan?...cara kawalan suhu berapa?..dan ada lagi....penyelenggaraan /Kos kepakaran (memikat burung/memilih suara/rekabentuk yg terbaik keselesaan burung) sehingga burung masuk bagaimana?....ooo..bukan mudah kata kawan Pakdin.

Jika mudah.. kerja2 sebagai kontraktor rumah burung ini maka ramailah yg berjaya. Cuba tanya?. MARA..yang pernah meluluskan pinjaman RM 250k, mengapa pinjaman membina rumah burung dibekukan?... berapa ramai yang gagal?... rahsia Pakdin aje.... Pada yang gagal jangan putus ada.. sebenarnya ada ubatnya .. berusaha dan berusaha...ada resepinya pada kita...

Pada yang berjaya kita masih perlu berusaha membuat penambah-baikan. Walaupun kita sudah punya rumah burung.... Teknologi Industri Burung ini sentiasa berkembang maju... Pada yang baru berjinak-jinak gunakanlah hasil dari Inovasi usahawan2 kita. Begitu juga suara dan sistem audio.Jangan hairanlah jika Pak Din katakan nanti sebuah rumah yg beoperasi 4 bulan punya hasil 2 kilo.. sama-sama kita pikirkan....bagaimana untuk membuat penambah-baikan.. yg penting Doa...setiap hari di awal pagi... solat subuh dan solat Duha untuk dimurahkan rezeki.

Sama-samalah kita guna dan mencari kaedah penambah baikan... Selamat dtg ke Chat Room Pak Din...gunakanlah ia untuk kebaikan bersama. Apa-apa pun yg kita lakukan Pertama Beringat & Berdoa pada Yang Maha Esa selalu...Memohon kesinaran dan keberkatan.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments