Waduh....Semaknya Pintu Masuk Untuk Ku!

Tentu mengeluh siburung untuk cuba memasuki rumah burung ini...pelbagai rintangan kelihatan didepan pintunya...waduh!!! Begitu banyak burung yang berterbangan diatas rumah ini. Tetapi Pak Din tak pula nampak ada yang masuk..entahlah..
Kalau bagi fikiran kita manusia..tentunya malas nak masuk kerumah ini..pintunya sedikit rendah..tak tahu kenapa pintu yang mulanya dibuka diatas ditutup dan yang dibawah pula dibuka.. mungkin belum siap kut.. tetapi bunyi
nya sudah pun dimainkan...

Bahagian atas bangunannya punya atap yang berselang seli dengan atap untuk memberi cahaya.. bahagian bawah rumah burungnya pula ditutupi dengan plastik penutup orchid..untuk menahan panas dari memasuki rumah rasanya..

Tetapi lihatlah pada inovasi pintu masuknya...diperbuat sebegitu rupa supaya pintunya boleh ditutup diwaktu malam agar musuh tidak dapat lepas masuk...ermmm tapi kalau tikus rasanya anytime boleh masukkan? Nasihat Pak Din cubalah buat sesuatu untuk mengelakkan rumah diganggu lain-lain musuh supaya burung lebih selesa berada didalamnya..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments