Usahawan Pioneer Ditempatnya....SYABAS!!


Tuan rumah ini mulanya membina bangunan empat tingkat ini dengan bercadang untuk disewakan sebagai rumah kedai.. tetapi setelah beberapa lama ianya tak laku..dan tiada yang mahu menyewakannya kerana bangunana ini terletak jauh dari penempatan orang ramai, iaitu di Kampung Piai, Merbuk, Kedah.
Beliau kemudian menemui kawan Pak Din, En. Yusof dari Alor Setar, dan dicadangkan untuk dijadikan rumah burung. Dengan pengubahsuaian yang memakan belanja sehingga RM 200,000 belaiu telah menjadikan bangunan ini sebagai rumah burung beliau yang pertama...
Alhamdullilah setelah sembilan bulan beroperasi, beliau telah menjadi usahawan bumiputra yang pertama di daerah Merbuk berjaya menarik lebih dari 200 ekor burung bersarang di dalam rumah beliau. KIni terdapat hampir 2 kilo sarang di dalam rumahnya.
Rumahnya yang terletak di kawasan lapang dengan kawasan sawah disekelilingnya.. menjadikan rumahnya tarikan kepada burung-burung yang mencari makanan di sini.
Bagi mengelakkan burung-burungnya daripada terbang dan berpindah ketempat lain...usahawan ini masih dapat bersabar dari memungut hasil rumahnya itu.. mungkin beliau akan menunggu sehingga burung-burung ini sudah bersedia untuk membiak untuk kedua kalinya... Insha Allah...

Pada Pak Din, syabas diucapkan pada usahawan ini.. kesabaran beliau bakal membawa berkat...Beginilah Pak Din tumpang gembira mengikuti perkembangan rumah burungnya. Beliau telah menjadi usahawan pioneer di kawasannya...dan Pak Din nasihatkan jika kita tinggal dikawasan yang begitu berpotensi di tempat anda...jadilah usahawan pioneer di kawasan anda..kerana tuah seseorang tak ada yang ketahui kecuali Allah...SHABAS..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA.

Comments