Usahawan Baru -Menambah Pendapatan

Rumah yang terletak di tepi pantai Sg Berembang, Perlis ini baru mula beroperasi kurang dari setahun. Kira-kira 80m dari laut di mana kerja-kerja penambakan laut telah dimulakan di era... Menteri Besar yang terdahulu tetapi oleh kerana ekonomi meleset...ianya telah ditinggalkan.. Mengikut cerita..hati-hati bila membeli tanah di sini..takut-takut tanahnya hanya di atas kertas/peta..tetapi penempatan sebenarnya berada di tengah laut... Tuan rumah ini masih bernasib baik..kerana tanahnya masih ada...

Rumah ini kelihatanya dahulunya dibina mungkin kerana mempunyai anak yang ramai...tetapi seperti biasa bila telah besar semuanya berhijrah kerana pelbagai sebab..berkahwin..pergi belajar...atau telah mendapat kerja di tempat lain.. Alhamdullilah mereka telah mendapat ilham menukarkan bahagian atas rumah yang terbiar kosong kepada rumah burung...sekurang-kurangnya dikemudian hari dapat menambah pendapatan apabila sudah tak larat nak mencari rezeki...

Semasa lawatan Pak Din...tak ternampak burung-burung berkeliaran diatas rumah tersebut .. mungkin waktu tak bersesuaian. Pintu masuk yang dulunya dibuka menghala kelaut dan menghadap kepokok kelapa ditutup mungkin tidak diberkenan oleh siburung..kini hanya satu pintu menghadap ke belakang-kawasan sawah padi.. YANG TEPAT MENGIKUT KEPERLUAN BURUNG.. alhamdullilah..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments