Ukur Baju Dibadan Sendiri...

Semenjak dua menjak ini Pak Din paparkan pelbagai bentuk dan rupa rumah burung yang telah dibina bagi burung layang-layang ini... semuanya untuk dilihat dan dikaji oleh teman-teman Pak Din yang berminat menceburi bidang ini.. Jika duit banyak kita boleh buat rumah yang besar-besar, tersergam indah... tetapi jika ada sedikit ajer... cubalah yang kecil-kecil dulu... bila dah berjaya esok.. kita buat pula yang besar.. itu pun kalau banyak tanah..

Kalau tak kita sediakan "foundation" untuk penambahan di esok hari.. kerana perusahaan ini bagaikan kita membuat pelaburan "MEMBALING BATU KE DALAM AIR" TAK TAHU BILA AKAN TIMBUL ATAU TIMBUL KE TAK..DAN ianya bukan skim cepat kaya.. Kalau tak ader duit tapi berkemampuan buat pinjaman yang besar..kita masih kena beringat...simpan sikit untuk bayaran balik.. Pak Din biasa dengar pengusaha Cina mengambil pinjaman hingga ratusan ribu tetapi bila nak buat rumah tetapi mereka tak membelanjakan kesemua duit pinjaman itu.


Sebahagiannya disimpan untuk bayaran balik supaya bila hasil rumah belum diperolehi mereka boleh gunakan duit pnjaman untuk bayaran balik.. Macam itu taklah kelam kabut mana nak cari duit bila dah sampai masanya.. Kita kena berhati-hati kerana ramai dari kita dapat jer duit..rumah belum buat..kereta dah ditukar...AL MAKLUM DUITNYA BANYAKKAN??? KELABU ASAP KEJAP..

Walaupun rumah yang kita bina kecil.. mungkin kita lebih berjaya daripada rumah-rumah yang besar.. ingatlah burung-burung ini mula memasuki rumah kita seekor-seekor atau berpasangan.. jadi mula bersarang juga sepasang-sepasang.. jadi dengan ruangan yang kecil mereka mula membiak.. ingatlah sepasang hanya perlukan lebih kurang ruangan 6" sahaja. Jadi kalau ukuran rumah cuma 20'x20'X20' berapa banyak burung untuk memenuhi ruangan tersebut. Kalau duit kita sedikit tak perlulah kita nakkan ruangan yang besar..tempat pembiakan yang luas.. Macam kata Pak Din pelaburan bukan maca skim cepat kaya...sekejap terus penuh.. Ia akan ambil masa bertahun-tahun.. Ingatlah kalau pun perkara mustahil berlaku..HARI INI RUMAH SIAP.. ESOK BURUNG MASUK.. ESOKNYA BURUNG TIDUR DAN BERSARANG.. PAS TU DAH NAK "HARVEST". BURUNG YANG ADA JUGA AKAN TERBANG KERUMAH LAIN...sebab tak selesa di sini.. ADA GANGGUAN. Kita pun kalau nak "membiak" tak nak diganggukan?? begitu juga burung...ISHHH ISHH..

Nasihat Pak Din kalau nak buat rumah burung ni ukurlah di badan sendiri..apa yang MAMPU.. pas tu carilah kontraktor yang betul-betul.. JANGAN PULA NAK YANG MURAH TAPI "DEMAND" PULA MACAM-MACAM.. Pak Din pun tak SANGGUP nak buat.. kalau pe'el macam tu.... SERIK!!!. WOOO MINTA SIMPANG MALAIKAT MAUT ORANG KATA....ISHHHHH ISHHHH

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments