Top House In PERAK- 50kilo (Bank Burung)

Anugerah rumah burung terbaik di Utara.... sekali pandang BAGAI sebuah bank.. mengikut cerita ianya dulu sebuah Panggung Wayang (Colusium) yang usang.... Mengikut perkembangan tak ramai lagi yang mahu menonton wayang di panggung.. ramai yang mengatakan satu masa dulu...TAK MAHU TENGOK WAYANG...KERUSINYA PIJAT-PIJAT PUN BANYAK..

Perkembangan masa dan zaman telah berubah... orang lebih suka tengok wayang di "theater". Bangunan usang ini telah lama diubahsuai menjadi theater bagi burung layang-layang. Hari ini bangunan usang ini telah menghasilkan kira-kira 50 kilo lebih sarang sebulan. Jam 6.30 ptg sehingga jam 8 malam akan nampak ribuan burung2 balik ke sarang seperti awan hitam...

Kiraan Pak Din pemiliknya kini telah bergelar jutawan di Bandar Parit Buntar, Perak. Ada 4 orang pengawal keselamatan bergiliran bertugas seperti mengawal sebuah bank. (Bank Burung agaknya). Mungkin anda juga akan berbuat demikian satu hari nanti... bagi rumah anda?? bagi penghuni bangunan ini (Burung Layang2) dah tinggal hampir 10 tahun di sini. Mungkin lagi 5 tahun ada datok2..burung yang "berbulu putih". Eeeeee...renungkanlah....bagi kita bila lagi??? Rezeki dari yg Esa... Kalau Kita Tak Cuba Dan Mula.. TAKKAN KITA TAHU ADAKAH REZEKI KITA DI DALAM BIDANG INI KAN?

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments