Rumah Kambing Ini Bakal Ku Jadikan Rumah Burung

Semalam Pak Din telah melawat Teman Pak Din seorang pengusaha "macam-macam" Beliau telah mengusahakan pelbagai perusahaan iaitu kambing, lembu, ikan kelisa. Beliau telah berjaya dalam perusahaan ini dan kini ingin mencuba perusahaan sarang burung. Beliau tinggal berhampiran dengan tapak baru rumah burung Pak Din.

Semasa berbual dengan beliau dia mengatakan... dia terkejut pada satu hari beliau melihat satu struktur yang tinggi terbina berhampiran rumah beliau... tertanya-tanya juga apa yang nak dibuat oleh jiran beliau tersebut.. ermmm bila dah bertanya-tanya rupaya sebuah rumah burung. Terpikir ...... boleh juga ya rumah begini dijadikan rumah burung.. Dalam 60% siap rumah tersebut agak menarik pandangan teman Pak Din...

Semasa melawat kawasan rumah teman ini.. tertarik juga dengan sebuah rumah kambing yang telah berusia hampir 7 tahun .. emm bakal dijadikan rumah burung. Pak Din anggarkan Kos dalam RM30k. Di hujung tingkat 2 & 3 size 20'x 20'x 12' tinggi setiap 1. Sebagai usahawan kambing dan Ikan "Kelisa".... perusahaan ini juga menarik bagi teman Pak Din. Pak Din janjikan apabila telah selesai projek Pak Din yang akan dibantunya untuk disiapkan... Pak Din akan berikan tips tips untuk membina rumah burungnya sendiri.... Insha Allah.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments