Pinjaman Tekun Bagi Membeli Lot-lot Burung

Petang tadi Pak Din mempunyai temu janji dengan seorang Teman Baru di Bandar Baru, Kedah.. Seorang Tokey...segala-galanya.. Beliau membela bermacam-macam...ada lembu, kambing, ikan dan bermacam lagi... Beliau juga merupakan seorang kontraktor..Membina apa jua... juga pernah membina sebuah rumah burung di kawasan rumahnya tetapi oleh sebab tak banyak maklumat..beliau tak dapat menyudahkannya..

Pak Din mencari pekerja baru intuk menjalankan kerja-kerja 'welding' dan beliau bersetuju membantu Pak Din memandangkan pekerja-pekerja beliau tak punya kerja buat masa ini. Semasa makan Sup Ekor di salah sebuah restoran di Bandar Baru tersebut teman baru Pak Din ini bercerita tentang penjualan lot-lot rumah burung.. di sempadan Perak Kedah, Bandar Baru...

Ceritanya ramai yang tertipu dengan penjualan lot-lot ini melalui satu kursus yang dianjurkan. Mereka diberi kursus percuma dengan perjanjian dimeterai.. Perseta dijanjikan pinjaman TEKUN RM 10,000 seorang. Empat lot setiap seorang dengan kos tersebut..Dengarnya sehingga kini tidak seorang pun yang berjaya mendapat hasil.. tuaian..

Kesihan Pak Din mendengarnya... di ingatan Pak Din kenapa senang sangat kita di tipu??? Lot-lot yang dijual..tak pernah dilihat yang mana satu??? Dalam sesebuah rumah yang dibina...berapa lama untuk ianya dimasuki dan di tiduri burung? berapa lama pula burung akan bersarang?? Bilakah lot-lot kita akan ditiduri burung bilamana kita pun tak tahu dimana lot-lot tersebut. Apakah penjual akan mengatakan lot kita di diami burung jika lain-lain lot kepunyaan tuan rumah tidak di tiduri?? sesuatu yang SUSAH KAN?

JADI HATI-HATILAH...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments