Pelbagai Cara Untuk Menyejukkan Rumah..

BaNgunan yang telah dibina dengan saiz yang besar memerlukan peralatan dalaman yang banyak untuk menyejukkannya dan ini akan memakan belanja yang besar. Walau berapa banyak pun yang digunakan mungkin suhu dalaman dan humiditinya masih susah untuk dikawal disebabkan keluasannya.

Oleh itu pelbagai cara dilakukan bagi mencapai tahap suhu dan humiditi yang diperlukan oleh burung-burung layang-layang ini. Seperti bangunan di atas keseluruhannya di cat hijau bagi mendapatkan keadaan yang mesra alam..


Bangunan di atas ini dipasangkan bumbung tambahan bagi mengurangkan cahaya sampai ke bahagian atas bangunan. Ruangan angin dibawah bumbung diharap dapat menyejukkan bahagian dalam bangunan. Bangunan-bangunan ditepi dapat membantu mengurangkan 'direct sunlight' ke dalam bangunan.
Plastik hitam dengan ketelusan cahaya 95% digunakan ditepi bangunan ini bagi mengelakkan cahaya tembus dengan banyaknya di dalam bangunan. Bahagian atas pula ditutupi dengan satu lapisan atap juga untuk tujuan yang sama.

Pelbagai cara boleh dibuat untuk pengurusan dalaman rumah burung kita.. Kita tidak boleh mengharapkan peralatan seperti humidifier sahaja untuk mengurangkan suhu.. tetapi fikiran kita mesti sentiasa bergerak untuk berfikir...WHAT'S NEXT.. dan jangan terlalu mengharap kepada kontraktor untuk membuat segala pengurusan rumah kita...KELAK KITA KENA CON..SELALU..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments