Peringatan- kepada yg ingin membina rumah melalui pinjaman...

Rumah yang hampir siap ini telah memasuki satu tahun pembinaannya. Satu masa yang terlalu panjang untuk membina sebuah rumah burung.. Mengikut pengalaman Pak Din jika masa sebegini diambil.. nescaya projeknya tak membawa untung...kerana budget sudah "makan" tuan..

Rumah ini dijangka akan disiapkan dalam bulan Ogos 2010. katanya Insha Allah. Lokasi penempatannya agak menarik, terletak di Ruat, Yan, Kedah. Tersergam indah di sebuah perkampungannya yang rata-ratanya sebuah perkampungan nelayan.. menjadi buah mulut penduduk sekitar kerana "gahnya".

Pemiliknya seorang usahawan bumiputra yang menjadi peniaga yang kaya di Vietnam..mempunyai wang yang cukup banyak..dan alhamdullilah hasilnya dibawa balik ke Malaysia untuk dilaburkan di tanah air... untuk rumah burung...Alangkah bertuahnya burung-burung yang terdapat di Malaysia.. dengan rumah sehingga RM 600,000 nilainya.

Rumah ini dibina dengan 4 pintu masuk ditingkat-tingkat yang berlainan untuk memberi pilihan kepada burung-burung tersebut.
Ianya terletak kira-kira 80m dari pantai dengan ukuran 20'x60'x 5 tingkat. Ketinggiannya dilihat melebihi pokok-pokok kelapa yang telah tua disekitarnya.
Pak Din tumpang berbangga dengan kejayan pembinaan rumah ini... bagi orang yang berada... tetapi peringatan Pak Din jika kita membuat pinjaman masa yang lama diambil untuk pembinaan ini kelak akan menyebabkan hasil kita lambat diperolehi..dan jangka masa yang diberi untuk bayaran balik sesuatu pinjaman ialah 1- 2 tahun.. Jika berlaku sebegini kelewatanya..rumah siap, hasil belum dapat, kita sudah kena bayar balik...ermmm parah kita dibuatnya.. RANCANGLAH SUPAYA SESUATU PEMBINAAN HANYA MENGAMBIL MASA 2-3 BULAN supaya kita ada masa 7 bulan untuk mendapat hasil permulaannya..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments