Dulu aku usahawan cacing - kini ingin menjadi ushawan burung

"Dulunya kami suami isteri menceburkan diri di dalam perusahaan menternak cacing. Hampir RM 20,000 telah dilaburkan melalui sebuah syarikat "Peternakan cacing" yang mengutip wang RM 20,000 seorang dan dijanjkan bermacam-macam. Salah satunya apabila cacing-cacing ini berjaya diternak hasilnya akan dibeli balik oleh syarikat tersebut.dengan harga yang berpatutan (lumayan)..Tetapi hanya setahun... lepas itu kedengarannya pihak syarikat telah dapat mengutip jutaan ringgit daripada pengusaha seperti kami...

Lepas setahun...kami ditinggalkan oleh syarikat yang banyak membuat keuntungan...puas kami berusaha mencari syarikat tersebut tetapi dengarnya syarikat sudah "bungkus" dan jutaan ringgit wang pelaburan kami dan yang lain-lain telah dibawa lari..
Sedih, geram, kecewa...dan macam-macam lagi bergelora di dada.. di hati terfikir..takkan kami halalkan dunia akhirat..penipuan ini...hanya Allah yang membalasnya kelak..beginilah kita kaum bumiputra...sentiasa di tipu oleh kaum
sendiri..
Kini kami bertekat bertukar daripada menjadi usahawan cacing kepada usahawan burung. Dengan sedikit duit yang dapat kami kumpulkan..kami memanggil Pak Din yang kami kenali melalui kawan-kawan untuk membuat test bunyi di tanah kami yang terletak di Bagan Samak, Bandar Baru, Kedah. Alhamdullilah "testing" yang dibuat menunjukkan beribu-ribu ekor burung telah datang kesini dan kami mengambil keputusan untuk membina sebuah rumah burung disini.. "
Pak Din amat terharu melihat begitu banyak burung yang datang kesini..tempatnya hanya lebih kurang 2 kilometer dari Bandar Baru yang merupakan lubuk emas kepada burung-burung ini. Pak Din bercadang membina 20'x30' x 3 tingkat rumah menggunakan zinclom di sini dengan persetujuan Tuan tanah. Anggaran kos adalah RM 55,000. Kemasan dalaman akan menggunakan cara baru dan sistem bunyi menggunakan kaedah 3 suara. Kaedah yang sama digunakan untuk rumah burung di Sungai Pencala...di mana ratusan ekor burung telah datang kerumah itu.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments