Ciri-ciri Keselamatan Amat Penting....


Keselamatan dari musuh baik manusia mahu pun haiwan perosak amat penting dalam pembinaan sesebuah rumah burung. Setiap pemilik perlu tahu apakah haiwan perosak bagi rumah burung mereka supaya apabila sesebuah rumah telah siap dan burung layang-layang sudah mula masuk tidur didalamnya.. keselamatan burung-burung ini amat penting supaya kelak mereka tidakterbang meninggalkan rumah kita..

Cuba perhatikan ciri-ciri rumah yang dipaparkan.. lihatlah ditingkat pertamanya..dipasangkan disekeliling rumah tersebut satu lapisan zinc ..berfungsi untuk mengelakkan biawak, tikus, ular dan sebagainya daripada memanjat kebahagian atas dan pintu masuk rumahnya.. dinding simen walau pun telah diplaster boleh memberi keupayaan kepada haiwan perosak ini naik terutama melalui penjuru dinding..

Tuan rumah ini telah menggunakan lapisan zinc di tingkat atasnya dipercayai untuk juga mengelakkan haiwan perosak dari memanjat ke pintu masuk rumahnya..Kehadiran haiwan-haiwan perosak ini akan memusnahkan sarang, telor dan juga anak-anak atau burung-burung dewasa... Pernah burung-burung ini terbang keluar dan meninggalkan sarang dan segalanya kerana takut kepada musuh dan hanya berlegar diluar sehingga mereka merasa selamat untuk masuk kedalam.. Jika ini berterusan besar kemungkinan mereka akan berpindah kerumah lain... Rugikan?? Dalah susah kita nak menunggu mereka masuk kerumah kita....

Pintu masuk juga akat penting untuk mengelak dari gangguan manusia dan haiwan yang boleh menlata masuk. Oleh itu penting juga kita melabur lebih sedikit untuk memastikan keselamatan rumah kita terutama bila rumah sudah mula mempunyai sarang..
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments