Pengalaman Pak Din..Yang Menyeronokkan dan Memeningkan..


Tidak ada yang tahu apa yang dicari oleh burung-burung layang-layang ini.. Rumah yang besar dan cantik? Rumah yang kecil molek? Rumah di pekan atau di bandar? atau di kampung atau di tengah sawah atau ladang kelapa sawit atau di mana?

Rumah disebelah ini kelihatannya buruk dan lama..adakah burung yang masuk kedalamnya..hanya tuan miliknya sahaja yang tahukan? Kalau ditanya tentu jawabnya TAK DER BELUM ADA BURUNG..

Kalau rumah ini kita nampak banyak burung di atasnya.. dah masuk ke belum? dah tidur ke belum?? dah ada sarang.. tak tahulah.. juga jika ditanya pemiliknya..takkan ade yang akan menjawab sudah ada kan??

Biasanya apa jua yang ada dirahsiakan. Dalaman rumah juga akan dirahsiakan.. Cuma ada yang memberitahu tetapi hanya sedikit-sedikit saja yang diberitahu.. Takut kena curi maklumatnya?? takut orang menarik keluar burung dari rumahnya??
Pada Pak Din tak der apa yang nak dirahsiakan. Rezeki masing-masing, rumah masing-masing.. kita jagalah supaya burung yang tinggal dirumah kita tak terbang ke tempat lain..

Teringat Pak Din pada pengasas rumah burung di Semenanjung Malaysia dulu yang memulakan rumahnya di Setiawan.. dia tak kedekut ilmu.. rumahnya juga sentiasa diberi untuk dilawati... tetapi burungnya masih berkembang.. rumahnya makin banyak.. rasanya dia sudah jadi jutawan sekarang..


Pada Pak Din juga begitu.. nak ilmu tak der masalah.. cuma cubalah belajar dengan mendalam perusahaan ini.. jangan main ikut ikutan sahaja. Jangan cuba mendengki orang lain.. itu yang penting rezeki kita di mana-mana.

Pengalaman Pak Din dengan perusahaan ini.. kita boleh dapat banyak kawan di serata Malaysia... dan tak kurang juga yang menjadi musuh.. Ada yang marahkan Pak Din sebab buat rumah murah..tak kurang juga yang mulanya kata ok.. tapi bila rasa Pak Din ada untung sikit mulalah merasa terkilan..KALAU BOLEH BIARLAH PAK DIN TAK PAYAH UNTUNG... MANA ADA ORANG BUAT BUSINESS TAK NAK UNTUNGKAN?? KALAU ORANG CINA TAK DER UNTUNG 100% TAKKAN DIA NAK BUATKAN??

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments