Usahawan Bakal Dilahirkan Di Felda Suharto

Minggu lepas Pak Din bertemu dua orang peneroka di kedai "hardware" di Ulu Bernam. Tuan Kedai hardware tersebut sedang membina sebuah rumah burung dibelakang kedainya. Ketika membuat pesanan sedikit barangan Pak Din berbincang dengan Tuan Kedai tentang rumah burung beliau dan didengari oleh 2 orang peneroka tersebut..Mereka bertanyakan harga sebuah rumah burung kerana apa yang mereka tahu kata mereka harganya amat mahal sekali tak termampu mereka untuk membinanya...Itulah yang selalu Pak Din dengar daripada ramai orang...
Mungkin ini akibat berita-berita yang dikeluarkan di muka-muka akhbar..yang menyiarkan cerita-cerita tentang mahalnya sesebuah rumah burung...Ya...memang benar...harganya amat mahal sekali tetapi bukan disebabkan harga bahannya mahal begitu juga upahnya..tetapi keuntungan yang berlebihan..melebihi 100%. Contohnya jika harga rumah ialah RM 50,000 kos yang dikenakan mungkin RM 150,000 atau lebih.. Kalau rumahnya berharga RM 100,000 ia mungkin men'charge" dengan harga RM 300,000.
Pak Din terpaksa memberi sedikit taklimat kepada kedua-dua peneroka tersebut bila mendapati "interest" mereka untuk membina sebuah rumah burung masing-masing..Hampir sejam lebih kami berbincang...kedua-dua mereka kemudiannya telah meminta ditunjukkan rumah contoh yang Pak Din telah bantu disegi sistem bunyi dan suhunya...Kata mereka, seseorang peneroka boleh mendapatkan pinjaman sehingga RM50,000 untuk membina rumah..ALHAMDULLILAH JIKA DILULUSKAN INSHA ALLAH DUA ORANG LAGI PENGUSAHA DI FELDA SOEHARTO DAN SUNGAI DUSUN BAKAL DILAHIRKAN...
Rumah yang Pak Din tunjukkan ialah sebuah rumah pengusaha yang baru sebulan beroperasi dan kini telah ada banyak burung (?? ekor entahlah tapi itulah report dari pengusahanya yang amat gembira sekali).
INSHA ALLAH jika apa yang Pak Din selalu nampak ketika kerapkali melalui kawasan mereka...banyak burung berterbangan mencari makanan di sana dan tidak pernah Pak Din lihat walau sebuah pun rumah burung ....
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments