Talian Bantuan 999 Kini Bertukar ke ........ 990


Emm...talian bantuan 999 kini bertukar ke 990 (talian Pak Din Burung..). "Sebanyak enam kali aku memanggil Pak Din dan akhirnya aku bersama isteri dapat bertemu semalam...." Begitulah keluhan teman baru Pak Din di Kg. Sungai Pencala, Selangor. Pak Din bertemu dengan mereka di tapak rumah burung mereka... Mereka mengadu terasa tertipu kerana setelah menghabiskan wang pinjaman MARA sebanyak RM 200,000 (jumlah pinjaman RM 250,000..), rumah siap tetapi tidak ada penghuni hingga sekarang....setelah berapa lama...??? Pak Din tak tanya!!Kesihan juga Pak Din mendengar rayuan mereka meminta dibantu... tetapi Pak Din bukanlah ada magic yang boleh buatkan burung-burung itu datang dan memasukki rumah tersebut.. Kalau pun burung-burung tersebut datang dan tinggal di sini...mungkin akan ambil masa 6-12 bulan untuk bersarang... tetapi apa nak dibuatkan.. harapan Pak Din mereka banyak bersabar dan berdoa...
Rumah yang diharapkan berpenghuni rupanya sepi ini berukuran 20'x40'x 3 tingkat... Kenapa kosong?...Pak Din bersama-sama teman baru Pak Din, suami isteri melihat dalaman rumah tersebut.. sistem dalaman: sistem audio perlu pertingkatkan supaya bunyinya lebih sedap didengar..mungkin perlu dipasang "silencer" kerana penghuni-penghuni banglow disekeliling telah pun membuat aduan "bising", sistem suhu dan humiditi juga perlu dipertingkatkan.. mungkin juga laluan masuk perlu diubah kerana berliku-liku dan menyusahkan burung untuk turun ke tingkat bawah.. "ini boleh menyebabkan burung tak dapat keluar bila mereka telah turun ke bawah.."
Pada pandangan Pak Din banyak lagi yang perlu diubahsuai dan selepas itu apa yang perlu dibuat ialah banyakkan bersabar dan berdoa... dan jangan PUTUS ASA...rezeki pastinya ada untuk kita apabila kita berusaha...
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments