Semalam Di Kuala Lumpur.....


Semalam Pak Din ke Kuala Lumpur lagi...hari sudah agak lewat bila Pak Din bertolak dari Arau iaitu jam 9.30 pagi...mengikuti lebuhraya Utara-Selatan..tak banyak yang Pak Din temui. Cuma satu rumah yang unik sekali ditepi lebuh raya tersebut..sebuah rumah banglow manager sebuah estet...ditukar menjadi rumah burung...hairannya Pak Din bagaimana rumah tersebut dapat dijadikan rumah burung??? Aset sesebuah organisasi..ditukar menjad rumah burung..adakah ianya milik manager tersebut atau milik estet?? entahlah..apa pun ia bakal menjadi aset yang bernilai tinggi di satu hari kelak..
Pak Din menemui sebuah lagi rumah burung yang dibina dengan zinclom...dulunya bernilai tinggi tetapi kini sudah murah..Pak Din mendapat harga yang berpatutan jika sesiapa berminat untuk membina rumah burung menggunakan bahan in..ianya cepat dipasang, lebih murah dan mempunyai dalaman yang sejuk kerana zinclom ini boleh menahan haba dari masuk kedalam...BAGUSKAN? TAK PERLU MENGGUNAKAN PERALATAN MENYEJUKKAN RUMAH LAGI..JIMAT KOS PENGURUSAN.. CUMA SATU yang perlu diingat...rumah perlu dibina berhampiran rumah kita supaya keselamatan akan terjamin bila rumah sudah mengeluarkan hasil...
Hari ini Pak Din terpaksa terus ke Bangi, bagi membantu seorang pengusaha yang telah enam bulan membuka rumah burungnya.. tetapi cuma ada 4 ekor burung yang bermalam didalamnya..Minggu lepas (Rabu) pekerja Pak Din telah membuat sedikit pengubahsuaian pendawaiannya...untuk sistem bunyi dan humidifier.. Hari ini Pak Din akan memasang tambahan satu player untuk sistem bunyi 2 suara (dalam dan luar).
Pihak pengusaha ini sebenarnya telah tertipu dengan kontraktor terdahulu... sistem dalaman amat panas sekali, tiada sistem penyejukan selain lubang-lubang kecil di dinding dan kolam air di atas bangunannya.. speaker dan player yang digunakan juga dari jenis yang murah..untuk jimatkan kos..bunyi juga tidak menarik..
Jika dilihat kepada kawasan rumah...sekelilingnya terdapat terlalu banyak pokok yang tinggi-tinggi walaupun rumahnya dilereng bukit..seperti yang Pak Din selalu katakan..pokok-pokok disekeliling yang tinggi dari rumah burung kita akan menyebabkan bunyi yang dipancarkan melantun balik.. jadi tak jauh ia bergerak.. Ini menyebabkan burung disekitarnya tidak mendengar panggilan kita.. Ini juga terjadi kepada rumah pengusaha di Bangi ini...suara burung yang Pak Din mainkan tidak dapat memanggil burung disekitarnya.. hanya 3-4 ekor burung yang ada disekitar datang menjenguk..di depan pintu masuk.. Kemungkinan burung yang sedia ada??? Mungkin.. bunyinya yang baru dipasang hanya mampu menarik burung sediaada masuk kedalam rumah lebih awal daripada terdahulu..... Contoh rumah yang susah untuk memanggil burung- pokok dihadapan pintu masuknya
Masih banyak yang perlu dibuat untuk rumah ini...mungkin satu pole perlu dinaikkan lebih tinggi dari paras pokok supaya pancaran suara dapat pergi lebih jauh..pintu masuk mungkin perlu ditambah supaya dapat memberi pilihan yang lebih baik kepada burung.. sistem pengudaraan perlu ditambah bagi menyejukkan rumah ini.. Pak Din mencadangkan tuan rumah untuk menggunakan sistem 3 suara, pertama menarik burung dari jauh datang kemudian suara kedua bagi menarik burung masuk kedalam dan suara ketiga untuk burung tinggal dan tidur didalamnya.. Dengan sistem yang Pak Din tambah baik...tuan rumah ini masih terpaksa menunggu masa agak lama untuk menarik lebih banyak burung ke sini..Kemungkinan kawasan ini bukan laluan bagi burung layang-layang ini mencari makanan atau telah lama burung-burung ini tidak melalui kawasan ini..Apa yang boleh dilakukan tuan rumah boleh menambahbaikan sendiri apa yang dicadangkan di atas dan selebihnya membanyakkan berdoa dan bersabar .....

Hubungi Kami: 013-4861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments