Milik Siapakah banglow-banglow ini?



Di sepanjang perjalanan melalui pekan Raub... beginilah pemandangannya.. Dengan bukit-bukit di tepi-tepi jalan, masig-masing berlumba-lumba membina banglow burung sebegini..bagaikan menggunakan acuan yang sama.."sama kontraktornya??" entahlah.. tetapi beginilah...kalau di Sekincan Selangor.. mereka berlumba membina banglow di sawah padi.. tetapi di Raub ini mereka berlumba membinanya dilereng-lereng bukit..Tujuan mereka sama tetapi hasilnya mungkin berbeza.. tetapi itu tidak menjadi masalah buat mereka pengusaha-pengusaha Cina... tetapi bagi kita yang kurang mampu..ingatlah pepatah Melayu kita..kecil-kecil dulu lama-lama jadi besar " sikit-sikit lama-lama jadi bukit..
Pak Din terjumpa juga dengan dua buah banglow yang hebat sekali dibina dilereng bukit... bagaikan banglow orang kaya-kaya yang terletak diatas bukit/lereng bukit...d engan pemandangan yang indah sekali dibina untuk burung yang amat bertuah..Lihat sahaja banglow yang diatas sana.. wow..
Pak Din juga ternampak sebuah rumah burung yang terletak dipuncak sebuah bukit... CANTEK.. menghala ke jalan. Dari jauh Pak Din dapat melihat begitu banyak burung berlegar di pintu masuk rumah tersebut..terpegun Pak Din memerhatinya.. Begitulah pemandangan disepanjang perjalanan, tidak ternampak pun rumah-rumah kecil, usang atau baru.. yang menjadi milik orang kita di sini... Moga akan muncul pengusaha-pengusaha baru yang akan memulakan perusahaan ini... tak semestinya nak buat rumah burung kita kena ada ratusan ribu ringgit.. kita boleh bermula dengan membaik-pulih rumah-rumah usang yang tidak berpenghuni.. dengan modal beberapa ribu saja.. jika anda ada kemahiran bertukang.. binalah sendiri.. maklumat dan khidmat nasihat boleh didapati di mana-mana.. cuma hati-hati dengan orang-orang yang ingin membuat keuntungan keatas 'ignorance" anda...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments