Rumah Ini Bakal Bertukar Wajah...


Sebuah lagi rumah lama bakal bertukar wajah.. Terletak 1 km dari lapangan terbang Alor Setar... tuan rumah ini telah menghubungi Pak Din pada 1-2 minggu lepas meminta bantuan Pak Din untuk mengubah-suainya menjadikan rumah burung.. Pak Din menyatakan kerisauan kerana ianya terletak terlalu hampir dengan lapangan terbang...

Tidakkah ianya menjadi gangguan kepada kapal terbang di satu hari nanti....! Tidakkah ada kemungkinan berlaku birdstrike kelak? Pak Din ajukan pertanyaan itu kepada teman baru Pak Din... Ermmm...kata teman baru Pak Din... En 'Amiruddin beliau telah pun meminta pandangan seorang Doktor veterinar.. semasa kursus Burung Layang-layang di Sungai Petani bulan lepas.. katanya ... lokasi tersebut tak jadi masalah kerana ia tidak terletak di laluan kapal terbang...

Setelah melawat rumah tersebut Pak Din menyatakan ok...Pak Din boleh bantu ubahsuai...saznya cuma 15' x 24' dan akan dijadikan 2 tingkat..20' tinggi. Oleh kerana lokasinya terletak di dalam kampung di Titi Gajah, Alor Setar, Kedah dan dikelilingi pokok-pokok En Amiruddin berjanji akan memotong kesemuanya hari ini.....

Rumah ini menghadap ke Mini Putrajaya Alor Setar dan dibelakangnya ialah sawah padi dan lapangan terbang... Insha Allah dalam masa 2 minggu rumah ini bakal ditukarkan menjadi rumah burung..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments