Rumah Burung Boleh Di Bina.. Di mana Saja

Di sepanjang perjalanan rumah burung Pak Din lihat dibina di mana sahaja..walau pun anda tidak punya tanah.. Lihatlah rumah-rumah ini dibina di atas bumbung apa jua bangunan...rumah kediaman, kedai di dalam pekan atau di pinggiran pekan atau di mana jua...













Rumah baru atau lama...tuannya tidak kisah berkongsi tapak....janjinya kelak burung-burung ini dapat memberi pulangan lumayan..Jika di Indonesia apabila burung layang-layang ini masuk dan bersarang di rumah seseorang, tuan rumah akan berkongsi rumah. Terdapat cerita yang mengatakan sebuah pejabat polis dan hospital di Surabaya dimasukki burung layang-layang ini kemudiannya ditinggalkan dan balai polis berpindah ketempat lain untuk memberi laluan kepada burung sementara pesakit berkongsi bangunan. Apa saja untuk mendapat wang... Tidak timbul masalah penyakit bagi tuan punya premis.. kecuali kepada jiran-jiran yang "not so lucky"!!.

Mungkin di Semenanjung Malaysia juga ini bakal berlaku apabila populasi burung lebih banyak dari rumah yang ada..Ermm...entah bila sebab dikatakan di sini terdapat lebih dari 50,000 buah rumah tetapi sebilangan kecil saja yang dihuni..

Bangunan-bangunan kedai yang dulunya tidak laku dan dibiarkan tanpa digunakan tetapi kini harganya telah meningkat di sebabkan ianya dijadikan rumah burung...

Supermarket-supermarket yang kurang mendapat business disebabkan saingan yang hebat..ditukarkan bahagian atasnya menjadi rumah burung bagi menambah pendapatan.. Hotel-hotel dan resort umpamanya di Petaling Jaya dan Melaka Pak Din pernah lihat burung layang-layang keluar masuk di tingkat teratasnya..

Jika burung layang-layang dari spesies lain kerapkali diadu kerana dikatakan menyebabkan kekotoran.. membawa penyakit dan sebagainya tetapi jika burung layang-layang yang datang dan membuat sarang..tuan punya takkan membuat aduan...Ermm siapa yang akan menolak rezekikan???


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments