Pintu Masuk & Suara Penting


Pintu Masuk dan Suara merupakan barisan hadapan dalam pembinaan rumah burung. Perlu dingatkan bahawa perkara ini perlu diambil kira.

Pak Din menerima banyak panggilan bertanyakan kenapa RBL mereka tidak dimasuki burung??Segala usaha penambahbaikan telah dilakukan tetapi ada rumah yang masih tidah mahu dimasuki burung. Ada yang sehingga bertahun-tahun.. ada yang berbulan-bulan.. Ada yang telah dimasuki burung tetapi .. cuma keluar masuk setiap hari..tetapi masih tidak mahu ditiduri.. Semuanya bergantung kepada nasib kita..

Mengikut pengalaman Pak Din, sebahagian besarnya disebabkan bunyi yang tidak bersesuaian, pintu masuk yang kurang digemari burung, ruang legar yang kecil membuatkan burung tidak selesa dan juga pintu masuk yang punya banyak halangan di hadapannya..

Di antara semua sebab tersebut yang paling tidak disenangi ialah bunyi yang "alien" kepada burung-burung ini.. jika bunyi yang biasa dimainkan di sesuatu kawasan ialah A.. jika kita mainkan suara B..maka burung tidak akan menghampiri rumah kita.. apa yang perlu kita buat ilalah cari bunyi yang hampir sama dengan yang biasa dipakai di sini..dan mainkan dirumah kita..Cubalah buni yang terbaik yang diterima burung-burung disekitar rumah kita..cubalah setiap bunyi untuk 1-2-3 bulan.. selepas itu jika masih tidak sesuai..tukar bunyi lain.. tetapi jgn tukar terlaalu kerap..NANTI PENING PULA BURUNGNYA!!!

Salah seorang teman kita yang membuat renovation rumah lama beliau sekitar bulan Mac 2010 dulu...tidak jemu-jemu berusaha untuk menarik burung ke dalam rumah beliau... banyak yang masuk keluar tetapi tidak ada yang mahu tidur di dalamnya.. tetapi beliau amat bersabar... baru-baru ini beliau telah ke Mekah mengerjakan umrah di akhir ramadhan..dan menyambut hari raya diMekah.

Beliau bertemu dengan seorang usahawan burung layang-layang dari Indonesia... mereka telah berbual tentang rumah/sarang burung layang-layang..dan teman kita ini telah menceritakan tentang rumahnya yang masih belum ditiduri burung.. TAHU APA YANG DIKATAKAN OLEH PENGUSAHA BURUNG ITU? BERSABAR DAN BERDOA.. ITU YANG AMAT PENTING BAGI KITA UNTUK BERJAYA..

MUNGKIN itulah yang dilakukan oleh teman kita.. meminta secara bersungguh-sunguh di Makah, di depan BAITULLAH.. DI DEPAN PINTU KAABAH.. alhamdullilah.. bila balik Malaysia, rumah burungnya telah dimasuki dan ditiduri burung.. alangkah bersyukurnya beliau.. usaha beliau kini menampakkan sedikit kejayaan..

Nasihat Pak Din ikutilah jejak teman kita itu.. insha Allah satu hari doa kita akan dimakbulkan oleh YANG SATU..YANG MAHA ESA.. INSHA ALLAH!!

Comments