Perjalanan Pak Din: di Kuala Besut.

Kuala Besut merupakan sebuah pekan kecil di Terengganu yang terletak ditepi laut bersempadanan dengan Kelantan. Pekannya tenang dihiasi dengan gerai-gerai dan restoran-restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan tetapi..agak "typical" dengan makanan orang Terengganu..."manis" semanis orang-orangnya... Erm....
Pak Din sampai ke Besut disekitar jam
1.30 tgh bersama 3 orang pekerja. Tujuan Pak Din menghantar barang-barang bagi memulakan kerja-kerja membina sebuah rumah burung di Kg Baru, Besut.
Lori trellernya belum sampai...ALMAKLUM.. tentunya lambat bangun entah pukul berapa akan sampai.. drivernya seorang "Indian" berjanji akan bertolak di awal pagi...hmmmm selepas subuh katanya.. Tapi entah pukul berapa bangunnya hingga jam 5.00 petang baru sampai... sedangkan masa yang Pak Din ambil cuma sekitar 4 jam saja...
Sementara menunggu, Pak Din "berjalan-jalan" di sekitar pekan Besut ini.. maklum Pak Din cuma sampai ke sini kedua kalinya.. Hmmmm.. banyak juga rumah burung di sini... di mana jua Pak Din sampai...ada saja rumah burungnya.. dalam pelbagai bentuk. Kelihatannya di sini rata-rata penghuninya adalah orang Cina. Rumah burung yang terdapat di sini juga keseluruhannya milik usahawan Cina. Gambar di atas nampaknya deretan rumah burung yang dibina di atas rumah manusia. Pelbagai bentuk dan rupa dapat ditontoni.. menarik!!!! untuk dicontohi..
Disebelah ini kelihatan seperti rumah kampung tetapi bahagian belakangnya telah diubahsuai menjadi rumah burung, atas dan bawah.
Rumah burung disebelah ini diubahsuai dari deretan kedai yang telah usang tapi masih digunakan. Pintu masuknya diperbuat di celah-celah tiang dan wire letrik.. Jika kita ingin membina rumah yang sedemikian pastikan pintu masuknya menghala kearah yang lebih "lapang" supaya burung lebih selesa untuk keluar masuk. Keadaan sebegini akan membuatkan burung takut untuk masuk kerumah kita. Musuh-musuh mereka boleh saja hinggap di wire-wire ini untuk menangkap mangsa..
Rumah-rumah kedai yang lama di sini juga diubahsuai menjadi bangunan yang tersergam tinggi hanya untuk burung tinggal.. lebih indah dari rumah manusia disekelilingnaya. Rumah ini dibina dengan tujuan untuk ditinggikan lagi apabila rumah nya sudah penuh dengan sarang burung..
Rumah dibawah diubahsuai daripada bangunan persatuan nelayan dahulunya dan sekarang menjadi rumah burung yang keligatan indah sekali.

Pemliknya tak tahulah siapa? persatuan atau milik sendirian...?? Apa pun tentunya ia milik
seseorang dan hasilnya pasti lumayan jika dilihat dari rumahnya yang telah lama....


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments