Peringatan...Buat Teman-teman Pak Din

TEMAN-TEMAN SEKELIAN..INGATLAH TIDAK ADA GERENTI..RUMAH BURUNG YANG KITA BINA...WALAU SEPAKAR MANA PUN DIA..100% BURUNG AKAN MASUK..YA MUNGKIN MASUK TETAPI TIDAK ADA 100% SURE MEREKA AKAN TIDUR DAN BERSARANG DIDALAMNYA...CUMA KALAU KITA ADA REZEKI..JADI HANYA DENGAN DOA TUAN PUNYA..

Sudah banyak kali Pak Din katakan...mana ada gerenti rumah sudah siap...burung terus masuk dan bermalam pas tu esoknya terus pula bersarang??? Salah seorang teman Pak Din baru-baru ini juga beranggapan begitu...rumahnya baru sahaja Pak Din siapkan...rumah diubahsuai..Pedih juga Pak Din mendengarnya...macam lah Pak Din ini TUHAN... KATANYA PAK DIN BERCERITA KAT SINI HEBAT.. entahlah!! Seingat Pak Din tak derlah pula Pak Din bagi gerenti 100% rumah yang Pak Din bantu 100% berjaya kan??

Kita hanya boleh berusaha..yang menentukan hanya DIA YANG ESA>ALHAMDULLILAH semua yang Pak Din bantu dimasuki burung...tapi masuk tak semestinya terus tidur dan bersarangkan? Lihatlah rumah SHIDEY hampir 4-6 bulan barulah bersarang tu pun bukannya terus penuh rumahnya... Jika kita tak faham tentang burung dan tabiatnya belajarlah lebih lagi...

Untuk pengetahuan sekali lagi...burung yang kita panggil tu semuanya telah ada rumah..kalau kena dengan bunyinya banyak burung yang akan datang bertandang kerumah kita... dan seperti yang orang katakan.. (ORANG CINA PUN) kalau burung datang diwaktu pagi dan tengahhari...burung tu akan pulang kerumah mereka semula bila hampir waktu maghrib atau selepas maghrib.. YANG KITA NAK atau dapat tarik ialah anak-anak burung yang sedang mencari pasangan dan mencari rumah baru..

Ingatlah hanya jika burung-burung baru ini tidak berpuas hati dengan rumah lama mereka barulah mereka akan berpindah...kerumah kita..tu pun kalau rumah kita lebih baik dari rumah lama mereka atau rumah kita lebih dekat dengan sumber makanan yang membolehkan mereka tidak perlu terbang jauh untuk mencari makanan...

Teman-teman Pak Din jika masih belum memahami akan tabiat burung ni..tak perlulah lagi kita habiskan duit membina rumah burung ini... janganlah hanya mengikut cerita orang.. kalau tak ada kesabaran juga tak perlulah kita ceburkan diri di sini.. lihatlah bagaimana orang Cina membina rumah mereka?? mereka tak mengharapkan pulangan untuk esok lusa..tapi untuk anak-anak mereka di generasi akan datang.. beratus ratus ribu ringgit dihabiskan untuk sebuah rumah pulangannya entah bila??? tapi kita baru keluarkan 20-30,000 esok dah nak pulangannya..

YA MEMANGLAH ORANG KATA ITU SUDAH CUKUP BANYAK BAGI KITAKAN??? cam tu usahalah lebih sikit belajar akan keperluan burung ini dan belajar uruskan sendiri rumah kita...berfikirlah secara burung tu apa yang dia nak kita buat?? trial n error penting.. tapi jangan hanya mengharap kontraktor membuat semuanya.. kalau gitu sediakan lah duit banyak-banyak...ERMMMMM ENTAHNLAH..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments