Penyesuaian Suara Amat Penting Bagi Sesebuah Rumah Burung...

Rumah ini sudah 3 tahun dibina..tapi mengikut cerita jiran-jiran disekeliling, belum ada burung yang masuk dan bersarang didalamnya...Entah beratus ribu sudah dihabiskan tetapi hasilnya masih belum diketahui bila akan didapati. Jika dilihat dari jauh..kelihatan begitu banyak burung yang berterbangan di atasnya...



Mungkin pelbagai usaha yang telah dibuat...lihat saja pada bahagian atas rumah tersebut... seronok Pak Din memandangnya...tetapi jika diteliti dengan betul... burung-burung yang datang mungkin untuk melihat sahaja..
Ada juga yang sekadar mematuk speakernya...mungkin suara yang dipasang cuma menarik banyak burung datang tetapi panggilannya bukan untuk masuk kerumah... tetapi lebih kepada untuk "bergaduh"..Inovasi untuk memanggil burung telah dibuat... panggilan jarak jauh telah juga dibuat...speakernya dimasukkan kedalam pvc paip yang panjang dan dihalakan ke kawasan burung berterbangan mencari makan mungkin...

Seperti yang telah dicatatkan terdahulu suara burung yang dimainkan amat penting untuk menarik burung datang dan masuk kedalamnya dan seterusnya tidur dan bersarang.. Sesetengah suara sesuai untuk tempat-tempat tertentu tetapi tidak dilokasi lain.. Nasihat Pak Din.. pengurusan rumah amatlah penting... cuba-mencuba sesuatu yang berlainan untuk dibuat... Ini semua memerlukan maklumat dan pengetahuan... Jangan terlalu mengharap kepada "konsultant" untuk rumah kita dimasuki burung.. BACALAH DAN CARILAH MAKLUMAT SUPAYA KITA TAHU MENGURUSKAN RUMAH KITA... WALAU PELABURAN HANYA SEKALI TETAPI PENGURUSAN RUMAH PERLU DIKETAHUI CARANYA..

Rumah di atas milik seorang usahawan bumiputra di Kg Kuala Sungai Udang, Yan, Kedah.. bersaiz 20'x60'x 5 tingkat...tentunya pelaburan amat besar sekali...JANGAN DIBIARKAN BEGITU SAJA..BERUSAHALAH!!!

Hubungi Kami: 013-4861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments