Pengetahuan Penting Sebelum Menceburi Apa jua Bidang........

Kini sudah ramai yang ingin menceburi bidang Perusahaan Sarang Burung Layang-layang.. termasuklah kaum Bumiputra di bandar-bandar... Sungai Petani sudah lama menjadi lubok burung layang-layang gua. Jika anda berada di Pekan Sg Petani pada waktu petang... dongak ke langit.. Beribu ribu ekor burung berterbangan di udara.. jika hari hampir hujan, burung-burung akan dapat dilihat lebih awal pulang ke rumah masing-masing... Sebahagian besar bangunan di sini telah diubahsuai untuk dijadikan rumah burung...Ada yang membina bangunan baru seperti supermarket.. Sebahagian bandar Sg Petani dikenali sebagai "Bird Park" di mana semua rumah kedai dijadikan rumah burung. Mungkin daripada banyak-banyak rumah tersebut hanya 50% atau kurang yang di diami burung... Pada setiap orang itu tak menjadi hal...janji rumah burung dapat dibina dan dia dikatakan sudah ada rumah burung.. Ada yang tanpa mengetahui apa-apa mengenai industri ini terus menceburkan diri. Keadaan beginilah yang membuatkan ramai dikalangan "cerdik pandai" mengaku diri mereka "pakar-pakar" dan konsultants dan mengambil peluang untuk membuat duit mudah....
Perkara yang sama terjadi kepada salah seorang "pengusaha" bumiputra di Sungai Petani. Beliau membuka kedai perabut di salah satu jalan yang berhampiran dengan Tol Sungai Petani Utara. Bahagian atas bangunannya diubahsuai dengan kos melebihi RM 60,000. Lokasinya agak ok...tetapi sudah sekian lama diubahsuai tetapi hingga kini tiada seekor burung pun yang datang dan tidur di dalamnya.. Semalam Pak Din dikejutkan oleh kehadiran seorang teman lama Pak Din dan membawa kawan yang telah lama tidak ditemui.. Mereka menceritakan tentang rumah burung yang telah dibina tanpa apa-apa hasil..
Pak Din telah dibawa kerumah burung beliau.. erm... panas betul didalamnya.. pelbagai inovasi telah dibuat sehingga ke air minum yang ditapis disediakan oleh kawan Pak Din untuk burung-burungnya... Kawan lama Pak Din memohon supaya beliau ditolong... dan menyerah kunci rumah beliau kepada Pak Din... Ermmm...Pak Din hanya boleh berusaha.. dan berdoa moga-moga diberikan kejayaan...Insha Allah..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments